Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel

Start Here | First Steps With Jesus

HARI 14 DARIPADA 15

Hari 14 | Kolose 4

Helo kawan-kawan. Kolose 4 untuk hari ini, dan kembali kepada asas. Yesus mengajar kita dua perintah yang mudah: kasihi Allah dengan sekuat-kuat hati anda dan kasihi orang lain sebagaimana anda mengasihi diri sendiri. Kunci mudah tersebut memimpin setiap langkah semasa kita mengikuti Yesus. 

Bab 4 menyambung dari perkara yang terhenti dalam bab 3: dengan arahan untuk hubungan. Di sini - hamba dan tuan. Anda perlu menanya: adakah Alkitab menyokong perhambaan? Adakah ia membiarkan ketaksamaan, rasisme, dan penindasan? 

Saya akan berterus terang. Tidak. Alkitab tidak menyokong perhambaan, dan sesiapa yang menggunakan Alkitab untuk menyokong penindasan atau ketaksamaan manusia menyalahgunakan kata-kata itu. Sekarang, Alkitab menyebut hamba dan tuan kerana perhambaan merupakan kenyataan zaman itu, dan Paulus memberikan arahan tentang cara hidup dalam kehidupan sebenar. Kepada hamba, dia berkata: bekerja keras - seolah-olah anda bekerja untuk Allah kerana Dialah tuan anda yang sebenar. 

Dan dalam bab 4:

"Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga."

Di sini dan bahagian lain, Alkitab mengingatkan tuan dan hamba bahawa mereka adalah setaraf di mata Allah, walau bagaimana masyarakat memisahkan mereka pun. Namun, anda akan tertanya-tanya mengapa Paulus tidak menghapuskan perhambaan dengan mandat Allah. 

Ini adalah penting. Yesus, dalam kedatangan pertama-Nya, tidak datang untuk membaiki sistem dan membetulkan dunia kita. Dia datang untuk membaiki hati kita, dan membenarkan hati kita dengan Allah. Semasa kedatangan kedua-Nya, Yesus akan menetapkan Kerajaan-Nya di dunia ini, tetapi Dia akan menetapkan Kerajaan-Nya dalam kita terlebih dahulu. Pertama: Raja hati anda. Kedua: Raja dunia. 

Maka, Paulus mengajar kita untuk hidup secara benar dalam dunia yang masih salah. Hamba dan tuan, pekerja dan majikan, lakukan perkara yang betul. Kemudian, Paulus memberitahu hamba untuk mendapatkan kebebasan mereka jika mungkin, dan dalam suratnya kepada Filemon memberitahu seorang tuan untuk membebaskan hambanya dan memanggilnya saudara - satu pernyataan yang besar pada zaman itu. 

Mara laju sepanjang sejarah, dan kita mendapati ramai hero yang berjuang dan berkorban untuk menamatkan perhambaan diberikan ilham dan didorong oleh iman mereka dalam Alkitab. Allah telah mengubah hati mereka, dan mereka mengubah dunia mereka. 

Kembali kepada Kolose, ayat 2:

"Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah."

Itu memberikan kita tabiat baru yang seterusnya: berdoa. Baca Alkitab anda dan berdoa setiap hari. Sekali lagi, ia bukan satu kewajipan, ia merupakan satu peluang. Doa adalah menakjubkan. Kita boleh bercakap dengan Allah - Pencipta alam semesta - secara langsung. Paulus mengatakan "hendaklah kamu ... dengan tekun". Jadikannya keutamaan. 

Apakah yang harus anda doakan? Segala sesuatu. Perkara yang anda perlukan, kesyukuran anda, perkara yang difikirkan atau kekeliruan anda atau perkara yang diharapkan. Berdoa untuk orang lain. Berdoa untuk saya! Saya memerlukannya. Berdoa - tentang - segala sesuatu. 

Pertimbangkannya. Komunikasi adalah penting kepada setiap hubungan. Bercakap adalah cara kita saling mengenali. Satu hal yang baik tentang perjalanan bersama-sama adalah masa untuk bercakap, bersifat terbuka, bertumbuh mendalam. Ia adalah sama dengan Allah. Semasa kita mengikuti Yesus, kita bercakap sepanjang jalan. Kita berterus terang, berkongsi harapan dan ketakutan. Kita membuka pintu dan membenarkan Yesus masuk. 

Bayangkan doa sebagai bercakap dengan kawan karib. Apabila ia bersifat tidak sihat, ia adalah tentang mendapatkan apa yang anda inginkan. Apabila ia bersifat sihat, ia adalah tentang saling mengenali. Berdoa bukanlah kerja rumah atau esei yang akan diperiksa, jadi, jangan bimbang tentang berdoa "secara betul." Bersifat ikhlas. Dekati takhta Allah dengan rendah hati dan penuh hormat - Dia ialah Allah; tetapi juga secara yakin - Yesus telah mendamaikan anda dengan Allah. Dan Roma 12 menyatakan "berdoalah sentiasa" - seperti panggilan telefon yang tidak akan diletakkan gagang telefonnya. 

Ayat Kolose yang seterusnya adalah sapaan. Ingat, ini adalah surat sebenar antara orang yang sebenar. Mereka saling mengasihi! Maka, mereka menghantar sapaan. Saya suka perkara ini dalam Alkitab. Ia bersifat peribadi. Allah boleh mengukir kata-kata-Nya pada batu secara terus, tetapi Dia memilih untuk menuliskannya pada hati manusia yang dipenuhi kasih terlebih dahulu. Dan kasih itu bersinar melalui halaman kitab. 

Ia membawa kita kepada satu lagi tabiat: bersekutu. Menghabiskan masa bersama dengan orang Kristian yang lain. Menerokai kehidupan bersama-sama. Kasihi Allah dan kasihi orang lain. Ibrani mengingatkan kita supaya tidak hentikan kebiasaan berkumpul bersama dengan keluarga Kristian - gereja. 

Perkataan gereja dalam Alkitab bukanlah sebuah bangunan, ia adalah orang yang mengikuti Yesus. Jemaat boleh berkumpul di dalam bangunan, tetapi jika kita tidak berhubungan dengan satu sama lain secara terus terang, kita terlepas tujuannya. Semasa anda membaca bab 4, perhatikan namanya - orang yang mengambil berat secara peribadi - Markus, Yustus, Epafras, Lukas, Nimfa, dan perhatikan, 

"...jemaah yang beribadat di rumahnya" (4:15).

Pada masa itu, jemaah berkumpul di rumah - seperti keluarga. 

Itulah asasnya: mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Demi melakukan itu, mulakan tabiat berdoa: mengenali Allah. Dan mulakan tabiat bersekutu: mengenali orang lain. Mungkin menjemput seseorang dari tempat kerja atau sekolah untuk mengikuti pelan ini bersama-sama anda, bercakap tentang soalan perbincangan, dan berdoa bersama-sama. Tabiat Alkitab, tabiat berdoa, dan tabiat bersekutu. Wau. Mudah sekali.

Jika anda memerlukan bantuan bermula, kita akan membincangkannya esok. Hari ini, baca Kolose 4, dan buat secara mudah: kasihi Allah dan kasihi satu sama lain. 

Renungan & Perbincangan: 

  • Pada pendapat anda, mengapakah berdoa penting untuk mengikuti Yesus? Bagaimanakah doa mempengaruhi perjalanan anda dengan Allah?
  • Pada pendapat anda, mengapakah persekutuan penting untuk mengikuti Yesus? Bagaimanakah persekutuan dengan orang Kristian yang lain mempengaruhi perjalanan anda dengan Allah?
Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

Start Here | First Steps With Jesus

Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi langkah meneliti dua kitab asas Alkitab: Markus dan Kolose. Ikuti cerita Yesus dan ketahui asas-asas mengikuti-Nya, dengan soalan harian untuk renungan individu ataupun perbincangan kumpulan. Ikut sekali untuk bermula, kemudian jemputlah kawan anda bersama-sama dan ikut-Nya lagi!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Through The Word kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://throughtheword.org