Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel
Markus 16 & Lukas 24 | Bangkit
Selamat kembali kawan-kawan. Hari ini adalah penting. Kita telah berhenti di salib. Tubuh Yesus disahkan telah mati, dibalut dengan kain linen, dan ditempatkan dalam kubur. Sebuah batu besar digulingkan untuk menutup pintu kubur, dan pengawal Roma ditempatkan sebagai tambahan. Sehari telah berlalu. Sehari lagi. Orang Yahudi berehat pada hari Sabat, dan kita bermula pada awal pagi Ahad.
Markus 16 membuka sejurus selepas matahari terbit. Beberapa orang perempuan membawa ramuan ke kubur itu untuk melumuri jenazah. Mereka tertanya-tanya: bagaimana mereka akan menggulingkan batu itu? Ayat 4:
"Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka melihat bahawa batu itu sudah digulingkan. Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut. Lelaki muda itu berkata, 'Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus orang Nasaret yang telah disalibkan. Dia tidak ada di sini. Dia sudah dibangkitkan! Lihatlah, inilah tempat mereka meletakkan Dia. Sekarang pergilah dan sampaikan khabar ini kepada pengikut-pengikut-Nya termasuk Petrus. Katakan, ‘Dia pergi terlebih dahulu daripada kamu ke Galilea. Di situ kamu akan melihat Dia, sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.’"
Ayat 8 memberitahu kita bahawa perempuan itu "terkejut dan takut." Betul! Mereka menjangkakan mayat tetapi menemui malaikat yang hidup! Dan mereka diarahkan untuk pergi menyampaikan khabar ini kepada murid-murid itu. Apakah maksud semua ini?
Adakah ini suatu kejutan? Perhatikan frasa terakhir dalam ayat 7. "Sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kepada kamu." Yesus telah bercakap tentang ini - Dia telah memberitahu murid-murid-Nya bahawa Dia akan mati dan bangkit semula! Namun, ada kalanya kita tidak mendengar kebenaran khusus. Ingatkah anda bagaimana Petrus cuba memujuk Yesus supaya jangan melakukannya? Mereka tidak memahaminya. Jadi, mengapakah Yesus perlu mati?
Cerita kebangkitan dicatatkan dalam keempat-empat injil, dan setiap penulisnya mengongsikan bahagian hari itu yang berlainan. Marilah kita lihat catatan Lukas untuk membantu menjawab soalan tersebut. Lukas 24:13:
"Pada hari itu juga, dua orang daripada pengikut Yesus sedang pergi ke pekan bernama Emaus, kira-kira sebelas kilometer jauhnya dari Yerusalem. Mereka berbincang tentang peristiwa yang sudah berlaku. Sedang mereka bercakap dan bertukar pendapat, Yesus datang menghampiri mereka dan berjalan bersama-sama mereka. Mereka nampak Yesus, tetapi entah bagaimana mereka tidak mengenal Dia. Yesus berkata kepada mereka, 'Apakah yang kamu percakapkan dalam perjalanan kamu ini?'”
Cerita yang menyusul adalah luar biasa. Dua orang murid berjalan bersama-sama, sedih dan tidak keruan kerana Yesus telah mati. Mereka tidak memahaminya. Seorang yang tidak dikenali menyertai mereka - menanya apa yang sedang dibincangkan. Mereka memberitahu orang itu tentang Yesus, "seorang nabi. Di sisi Allah dan pada pandangan semua orang, Dia berkuasa kerana kata-kata-Nya mahupun perbuatan-Nya." Namun, Dia disalibkan. Dia telah mati. Ayat 21 menyatakan,
"Kami berharap bahawa Dialah…"
Kita berharap. Walau bagaimanapun, mereka juga memberitahu Dia tentang berita yang mereka terima daripada beberapa orang perempuan yang ke kubur itu. Sekarang, mereka tidak tahu apa yang harus difikirkan. Sepanjang masa ini, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang bercakap dengan Yesus! Dalam ayat 25:
"Lalu Yesus berkata kepada mereka, 'Alangkah bodohnya kamu! Alangkah lambatnya kamu mempercayai semua yang dikatakan oleh nabi-nabi! Bukankah Penyelamat yang diutus oleh Allah harus mengalami penderitaan itu bagi mencapai kemuliaan-Nya?' Kemudian Yesus menerangkan apa yang tertulis tentang diri-Nya di dalam seluruh Alkitab kepada mereka, mulai dari Kitab-Kitab Musa dan tulisan para nabi."
Ini adalah indah. Yesus menyampaikan khutbah yang tidak dapat dilupakan, dan menjalinkan seluruh Alkitab untuk menunjukkan kepada mereka - bahawa semuanya membawa kepada salib dan kebangkitan. Mesias itu mesti mati. Mengapa?
Soalan itu membawa kita kembali kepada pokoknya: kasih. Allah mengasihi kita.
"Dengan jalan ini kita mengetahui cara mengasihi orang lain: Kristus sudah menyerahkan hidup-Nya untuk kita" (1 Yohanes 3:16).
Yesus mesti mati kerana Dia mengashi kita. Dia mati supaya kita boleh diampunkan. Roma menjelaskannya seperti ini:
"Kematian adalah upah dosa" (Roma 6:23).
Itu bermaksud semua dosa kita terhadap Allah patut dihukum mati. Dia telah memberikan kita hidup, kita telah mensia-siakan dan menyalahgunakannya, dan hukuman yang adil adalah kematian. Namun, Allah mengasihi kita. Dia begitu mengasihi kita sehinggakan Dia memberikan anak tunggal-Nya untuk mengambil tempat kita. Pada salib, Yesus - yang tidak pernah berdosa - menanggung semua dosa kita, membayar sepenuhnya, dan mati di tempat kita.
Walau bagaimanapun, kematian bukanlah pengakhiran. Yesus datang untuk mengalahkan kematian. Allah telah membangkitkan-Nya semula. Kuasa yang membangkitkan Yesus daripada kematian adalah kuasa sama yang membangkitkan kita. Yesus menjadikan kita baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.
Pertimbangkan pemasaannya. Yesus mati untuk kita <3>semasa kita masih berdosa (Roma 5:8). Dia tidak menunggu sehingga kita menjadi baik. Dia mengasihi kita pada waktu kita adalah paling jahat - apabila kita adalah musuh-Nya. Itu merupakan kasih yang amat besar.
Pengorbanan yang luar biasa ini, kasih yang tidak dapat dibayangkan ini - mengubah segala sesuatu. Ini adalah harapan. Harapan untuk semua orang. Kasih ini mengubah orang. Orang yang saya ceritakan - orang yang mengasihi dengan pengorbanan diri - mereka tidak selalunya macam itu. Namun, kasih yang memakukan Yesus pada salib dan kuasa yang membangkitkan Dia daripada kematian adalah hidup dan aktif sekarang. Apabila ia mendapat hidup - ia adalah sesuatu yang perlu direnungkan.
Bagaimanakah kita mengamalkan itu pada hari ini? Baca Lukas 24, dan saya akan menemui anda kemudian untuk Kolose.
Renungan & Perbincangan:
- Mengapakah Yesus perlu mati pada salib?
- Roma 5:8 menyatakan bahawa Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa. Apakah maksud kasih itu kepada anda?
- Roma 8:11 menyatakan bahawa Roh Allah yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian juga akan menghidupkan anda. Pernahkah anda melihat tanda-tanda itu dalam kehidupan anda?
Perihal Pelan
Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi langkah meneliti dua kitab asas Alkitab: Markus dan Kolose. Ikuti cerita Yesus dan ketahui asas-asas mengikuti-Nya, dengan soalan harian untuk renungan individu ataupun perbincangan kumpulan. Ikut sekali untuk bermula, kemudian jemputlah kawan anda bersama-sama dan ikut-Nya lagi!
More