Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel
Kolose 1:19-2:5 | Bacalah
Selamat kembali. Hari ini kita akan berbincang tentang Alkitab dan kepentingan tabiat Alkitab yang sihat. Alkitab merupakan cara Allah berbicara dengan kita, dan membaca Alkitab adalah cara kita kekal pada jalan yang betul semasa mengikuti Yesus. Anda mungkin pernah menemui orang yang mengatakan bahawa mereka mengikuti Yesus tetapi kehidupan mereka tidak memadani pengakuan mereka. Ini kerap berlaku. Jadi, bagaimanakah kita melakukannya dengan betul?
Alkitab adalah kuncinya. Saya pasti anda sudah sedar bahawa seluruh perjalanan ini adalah berdasarkan Alkitab. Alkitab adalah menakjubkan. Cerita yang epik, hero yang mengagumkan, kebijaksanaan yang mendalam, dan bimbingan kehidupan yang berkuasa. Terdapat banyak sekali dalamnya. Alkitab juga menjadikan kita teguh. Ia memberikan kita sauh kebenaran dalam dunia yang dipenuhi kekeliruan. Terdapat banyak dusta dalam dunia ini - termasuk dusta tentang Yesus - dan Alkitab membantu kita terus berjalan dalam kebenaran dan mengikuti Yesus yang sebenar.
Marilah kita sambung. Kita berhenti di Kolose 1 dengan peringatan berkuasa tentang siapa itu Yesus. Marilah sambung dengan ayat 19:
"Karena seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia (Yesus), dan oleh Dialah Ia memperdamaikan segala sesuatu dengan diri-Nya." (TB)
Itu adalah berkuasa. Kepenuhan Allah diam di dalam Yesus. Dan melalui Yesus kita berdamai. Berdamai merujuk kepada hubungan tidak betul yang dibetulkan. Kita berdamai dengan Allah...
"...oleh darah salib Kristus" (1:20).
Yesus membenarkan kita dengan Allah, dan Paulus ingin agar kita terus benar dengan Allah. Maka, dia mendorong anda untuk...
"...bertekun dalam iman, tetap teguh dan tidak bergoncang, dan jangan mau digeser dari pengharapan Injil" (1:23).
Mengapakah Paulus mengatakan itu? Kerana gereja Kolose diserang ajaran palsu tentang Yesus. Pendusta sudah memasuki gereja. Maka, Paulus menulis untuk meneguhkan mereka dalam kebenaran. Dalam ayat 25, dia berkata,
"Aku telah menjadi pelayan jemaat itu sesuai dengan tugas yang dipercayakan Allah kepadaku untuk meneruskan firman-Nya dengan sepenuhnya kepada kamu."
Allah telah menugaskan Paulus untuk melayani gereja itu dengan mengajarkan Firman Allah dengan sepenuhnya. Ini bermaksud seluruh Alkitab. Sering kali, guru palsu memetik Alkitab, tetapi mereka mengambil satu ayat dari sini dan sana dan memutarbalikkannya di luar konteks. Jadi, bacalah Alkitab sendiri - ia akan menetapkan anda dalam kebenaran dan menjauhi dusta.
Sekiranya anda menghadapi masalah memahami Alkitab, carilah guru yang baik. Allah telah memberikan kita guru untuk membantu menjelaskan dan mengaplikasikan Alkitab. Walau bagaimanapun, guru itu tidak harus menggantikan Alkitab - hanya untuk membantu anda memahaminya.
Kembali ke Kolose, guru palsu mengatakan bahawa kebenaran dipenuhi rahsia dan anda tidak dapat memahaminya. Maka, Paulus mengatakan bahawa Allah telah mendedahkan rahsia itu - Dia telah menyatakannya kepada kita. Dalam ayat 27, rahsia itu adalah
"...Kristus ada di tengah-tengah kamu, Kristus yang adalah pengharapan akan kemuliaan!"
Itulah rahsia sebenarnya. Alkitab adalah tentang Yesus. Rahsia hidup demi Allah adalah "Kristus ada di tengah-tengah kamu." Dia memimpin kita dari dalam melalui kuasa Roh Kudus. Segalanya adalah tentang Yesus. Jadi, dalam ayat 28, Paulus berkata,
"Dialah yang kami beritakan, apabila tiap-tiap orang kami nasihati dan tiap-tiap orang kami ajari dalam segala hikmat... ."
Pengajaran adalah penting kerana ia membantu kita memahami Alkitab. Dan pengajaran Alkitab yang baik mengkhabarkan Yesus. Anda tahu ia adalah pengajaran yang baik jika tumpuannya adalah Yesus dan dasarnya adalah Firman.
Kemudiannya, dalam bab 2, Paulus menjelaskan matlamat pengajaran:
"Karena aku mau ... supaya hati mereka terhibur dan mereka bersatu dalam kasih, sehingga mereka memperoleh segala kekayaan dan keyakinan pengertian, dan mengenal rahasia Allah, yaitu Kristus."
Paulus ingin anda memahami Alkitab, kerana apabila anda memahaminya, anda mengenali Yesus. Alkitab juga dipenuhi kebijaksanaan dan pengetahuan, tetapi ayat 3 mengingatkan kita bahawa "segala harta hikmat dan pengetahuan" tersembunyi dalam Yesus.
Bagaimanakah kita tetap atas jalan yang betul? Bagaimanakah kita memastikan bahawa kita mengikuti Yesus yang sebenar? Baca Alkitab dan dengarlah pengajaran Alkitab yang baik.
Terdapat beberapa tabiat mengikuti Yesus yang penting. Pertama adalah tabiat Alkitab yang sihat. Membaca Alkitab bukanlah langkah ke Syurga, ia bukan juga cara membuat Dia lebih mengasihi anda. Dia memang mengasihi anda dengan sepenuhnya. Namun, ia akan mendekatkan anda kepada kasih tersebut, dan membantu anda memahaminya dan berjalan dalamnya. Ia bukanlah satu kewajipan, tetapi suatu peluang. Ingat, Firman Allah merupakan benih - ia menanamkan kehidupan dalam hati anda. Jadi, tanamlah beberapa benih pada setiap hari!
Bagaimanakah anda memulakan tabiat Alkitab? Jika anda mengikuti pelan ini, anda sedang melakukannya! Maka, memperuntukkan sedikit masa setiap hari untuk membaca Alkitab dan berdoa. Tentu sekali, baca Kolose sekarang, dan saya akan menemui anda semula dalam bab 2.
Lihat itu? Tabiat sudah dimulakan. Mudah saja.
Renungan & Perbincangan:
- Apakah peranan tabiat dalam kehidupan anda? Apakah yang anda lihat sebagai tabiat yang penting semasa mengikuti Yesus?
- Penulis mengatakan, "Alkitab membantu kita terus berjalan dalam kebenaran dan mengikuti Yesus yang sebenar." Bagaimanakah anda rasa pembacaan Alkitab mencapai itu?
- Apakah pengalaman anda berkenaan pembacaan Alkitab? Kongsikan cerita anda.
Perihal Pelan
Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi langkah meneliti dua kitab asas Alkitab: Markus dan Kolose. Ikuti cerita Yesus dan ketahui asas-asas mengikuti-Nya, dengan soalan harian untuk renungan individu ataupun perbincangan kumpulan. Ikut sekali untuk bermula, kemudian jemputlah kawan anda bersama-sama dan ikut-Nya lagi!
More