Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel

Start Here | First Steps With Jesus

HARI 7 DARIPADA 15

Markus 12-13 | Demi Allah

Selamat kembali. Hari ini, kita melihat dua topik yang jelas berbeza: kemunafikan agama dan kasih yang tidak bersyarat. Perbezaan antara dua topik ini adalah ketara sekarang seperti masa dahulu. Kemunafikan membuat kita lari daripada agama dengan rasa jijik - tetapi kasih Allah yang luar biasa memanggil kita kembali. Walau bagaimanapun, bagaimanakah kita menyelesaikan pengasingan tersebut? 

Dalam injil Markus, pengasingan inilah yang menyebabkan keadaan meruncing dengan cepat. Kita sudah mengikuti cerita Yesus selama seminggu, tetapi bagi murid-murid itu, tiga tahun sudah berlalu, dan Markus 12 membawa kita kepada minggu terakhir dalam hidup Yesus. Ia berlaku di Yerusalem, dan ramai orang telah berkumpul dari seluruh Israel untuk meraikan Paskah.

Paskah adalah perayaan agama, di mana orang Yahudi memperingati bagaimana Allah telah menyelamatkan mereka daripada perhambaan dan menyelamatkan mereka daripada kematian melalui darah anak domba. Buat masa ini, ketahuilah bahawa kota itu sesak kerana perayaan itu, dan semua orang bercakap tentang Yesus. Namun, pendapat tentang Yesus adalah berbelah bagi. Ramai orang berasa kagum dengan mukjizat dan ajaran-Nya, tetapi pemimpin agama berasa marah. Mereka mencemuh belas kasihan Yesus - mereka tidak memahami kasih-Nya untuk orang yang berdosa. 

Mengapakah sesetengah orang boleh kelihatan amat setia kepada Allah tetapi tidak mempunyai kasih? Mereka mengkaji hukum Allah, tetapi sama sekali tidak memahaminya. Yesus memanggil mereka munafik, menghormati Allah dengan kata-kata tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada Allah (Markus 7:6). Apabila Yesus sampai pada awal minggu itu, Dia mendapati mereka telah mengubah Paskah kepada satu lagi peluang untuk memakan wang orang lain. 

Bagi saya, konflik di sini mengabdikan satu pengasingan yang mendalam dalam amalan Kristian sehingga hari ini. Yesus memerintah kita untuk mengasihi. Orang Kristian seharusnya ditandakan kasih. Namun, selalunya kita terkenal dengan kemunafikan suka menghakimi dan tidak berbelas kasihan. Kita serupa dengan orang yang ditegur Yesus. Ia tidak seharusnya demikian.

Berkenaan pemimpin agama, Yesus telah mendedahkan ketamakan dan keangkuhan mereka berulang kali, dan kini, mereka mencari cara untuk membunuh Dia. Dalam bab 12, mereka mencabar Yesus dengan soalan yang bertubi-tubi. Mereka mempersoalkan kewibawaan Yesus, dan cuba memerangkap Yesus dengan beberapa butiran hukum Allah yang rumit. Ironi semua ini adalah lelaki-lelaki ini yang mengabdikan diri kepada perincian hukum Allah terlepas intipati hukum itu. 

Akan tetapi, ada seorang daripada mereka yang berbeza. Lihat ayat 28: 

"Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, 'Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?'"

Soalan yang bagus. 

Yesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa. Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu'" (Markus 12:29-30).

Maka perintah yang paling utama bermula dengan peringatan bahawa Tuhan itu Esa. Alkitab mengajar bahawa Bapa ialah Allah, Yesus ialah Allah, dan Roh Kudus ialah Allah. Namun, ketiga-tiga-Nya bersatu sebagai satu Tuhan. Dan perintahnya adalah untuk mengasihi Allah dengan segala sesuatu! Yesus meneruskan:

"Perintah yang kedua ialah, ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini” (Markus 12:31).

Jadi, hukum disimpulkan dengan kasih. Kehendak Allah untuk kita adalah lebih daripada sebuah buku peraturan. Ia adalah kasih: kasihi Allah, kasihi orang lain. Ayat 32:

"Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, 'Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan'…"

Wau. Di kalangan orang-orang munafik, seorang lelaki mengajukan soalan yang ikhlas, dan ambil hati terhadap jawapan itu. Dia menunjukkan kerendahan hati, dan apabila Yesus melihat kebijaksanaan lelaki itu, Dia memberitahunya, "Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah."

Perhatikan perbezaannya. Orang munafik bercakap tentang hukum dengan hati mereka yang berjauhan daripada Allah. Namun, lelaki ini mendekati kerajaan Allah apabila dia memahami bahawa kasih adalah teras hukum. Kasihi Allah dan kasihi orang lain. 

Kasih yang dipanggil Yesus buat kita adalah suatu revolusi. Kasihi orang lain, kasihi orang berdosa, kasihi musuh kita. Kasihi tanpa syarat - dengan kasih karunia yang tidak munasabah dan belas kasihan yang berkelimpahan. Pekerjaan terbesar kita untuk Allah adalah tidak berfaedah dan sia-sia jika kita tidak mengasihi orang lain (1 Korintus 13:1-3).

Di sini kita juga menemui satu sisi lagi kepada cerita Kristian. Orang yang menunjukkan belas kasihan, daripada menghakimi. Orang yang menunjukkan tindakan yang paling menghairankan akan kasih yang sanggup berkorban, yang dapat dibayangkan - menjaga anak yatim dan janda, untuk orang yang hina dan terpinggir - tanpa menghiraukan bangsa atau fahaman atau agama atau jantina atau keseksualan atau apa-apa. Mereka mengorbankan nyawa. Mereka membuat saya kagum. Mereka cuma… mengasihi. 

Saya berdoa agar anda akan diberkati dengan kenalan seperti itu. Saya berdoa dengan lebih tekun lagi agar kita akan menjadi orang seperti itu. Di manakah di bumi ini kita boleh mempelajari kasih sedemikian? Terus mengikut Yesus, dan kita akan mengetahuinya tidak lama lagi. 

Renungan & Perbincangan:

  • Apakah yang dikatakan Yesus adalah dua perintah yang paling penting? (ay. 29-31) Mengapakah anda rasa dua perintah ini adalah begitu penting?
  • Adakah anda mengenali orang yang memfokus pada hukum Allah tetapi terlepas teras kasih Allah? Bagaimanakah anda rasa itu boleh berlaku? 
  • Adakah anda mengenali orang yang menunjukkan kasih tidak bersyarat Allah dalam cara yang benar dan praktikal? Kongsikan cerita mereka.
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Start Here | First Steps With Jesus

Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi langkah meneliti dua kitab asas Alkitab: Markus dan Kolose. Ikuti cerita Yesus dan ketahui asas-asas mengikuti-Nya, dengan soalan harian untuk renungan individu ataupun perbincangan kumpulan. Ikut sekali untuk bermula, kemudian jemputlah kawan anda bersama-sama dan ikut-Nya lagi!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Through The Word kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://throughtheword.org