Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 15 DARIPADA 25

Tuhan Tidak Berjauhan

Dalam mimpi Yusuf, malaikat itu menyatakan bahawa kelahiran Yesus akan menggenapi nubuatan berabad-abad lamanya dan menghapuskan pemisahan yang wujud antara Tuhan dan manusia sejak dosa pertama di Taman Eden. Yusuf mendapat tahu bahawa Yesus akan menjadi "Allah menyertai kita." Betapa mudahnya terlupa akan kebenaran ini!

Kita membaca dalam Keluaran, lama sebelum kelahiran Yesus, bahawa Musa perlu menunggu Tuhan untuk berfirman kepadanya di atas gunung atapun melalui semak yang menyala. Pada waktu itu, manusia tidak berhubungan tetap dengan Tuhan. Betapa kerapkah kita masih memintakan semak yang menyala, mengharapkan tanda yang tidak tersirat dan ketara ataupun firman yang jelas daripada Dia? Walaupun sebagai orang Kristian, kita mungkin percaya bahawa Tuhan adalah berjauhan apabila kita rasa kita sedang menunggu dan mengharapkan balasan-Nya.

Kita perlu ingat bahawa Yesus telah merapatkan jurang antara kita dan Tuhan. Dialah jawapan Tuhan kepada keinginan kita untuk semak yang menyala atau perbualan di atas gunung bersama dengan-Nya. Kita tidak menyembah Tuhan yang jauh, yang tidak mahu berbicara kepada kita. Yesus telah memulihkan hubungan kita dengan-Nya dan membuka jalan untuk membolehkan kita untuk mendekati takhta-Nya setiap hari dengan berani.

Pada musim Natal ini, temui ketenangan dalam kesedaran bahawa Tuhan menyertai anda. Dia mendengar doa anda, dan Dia menyelebelahi anda. Jika Tuhan boleh memulihkan hubungan renggang bersama dengan-Nya, fikirlah tentang apa yang Dia dapat dan akan lakukan dalam kehidupan kita dan bagi pihak kita!

Doa: Bapa, terima kasih atas kurniaan Yesus, bahawa Dia membuka jalan supaya saya dapat mendekati-Mu semula. Terima kasih kerana mengingini hubungan dengan saya sehinggakan Engkau mengutuskan satu-satunya Anak-Mu untuk mati bagi pihak saya. Bapa, berikan saya keberanian untuk mencari-Mu dalam doa dan penyembahan, mengetahui saya dapat berhubungan dengan-Mu sekali lagi melalui Yesus. Terima kasih kerana memberikan saya keyakinan bahawa Engkau sentiasa bersama dengan saya, bahawa saya tidak pernah bersendirian.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 14Hari 16

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/