Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel
Kedamaian Tujuan Ilahi
Ketakutan boleh menyebabkan anda tersentak. Ia boleh membuat anda cabut lari dan bersembunyi. Iblis suka mengalihkan perhatian kita dengan rasa takut untuk menghalang kita daripada melihat keselamatan haluan Tuhan. Ketakutan mengancam penggenapan hari Natal berkali-kali, dan Tuhan sengaja mengingatkan watak utama dalam cerita itu secara berulang kali, "Janganlah takut."
Matius 1:18-21 memberitahu kita tentang cerita hari Natal pihak Yusuf. Maria hamil sebelum berkahwin dengan Yusuf, dan Yusuf, "seorang yang taat kepada hukum agama, tetapi dia tidak mahu mempermalukan Maria di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat memutuskan pertunangan itu secara diam-diam." Namun, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya dalam mimpi, meyakinkan dia bahawa dia telah dipilih untuk membesarkan Anak Tuhan di dunia ini.
Pada mulanya, Yusuf memberikan respons terhadap berita kehamilan Maria dengan percubaan memelihara reputasinya dan Maria, berasa takut akan semua implikasinya. Dia tidak mempunyai cara untuk mengesahkan bahawa dakwaan kedaraan Maria adalah benar, dan dia ingin memutuskan pertunangan mereka. Di tengah-tengah waktu yang menyeksakan dan mengelirukan bagi Yusuf, Tuhan muncul kepadanya dalam mimpi, mencabar ketakutannya dengan kedamaian tujuan ilahi, dan menetapkannya untuk menjadi bapa duniawi Manusia yang teragung yang pernah dikenali dunia ini.
Semasa waktu ketakutan kita, Tuhan mahu mengucapkan kebenaran kepada kita dan memutuskan kuasa sebarang dusta yang menahan kita. Apabila kita mencari kedamaian-Nya, Dia akan mengalahkan ketakutan kita dengan kasih-Nya. Mintalah Tuhan untuk datang dan mengucapkan kebenaran atas apa-apa dusta yang merisaukan anda hari ini. Dia setia membalas dan memperkasakan anda untuk bergerak maju memasuki tujuan luar biasa-Nya buat anda.
Doa: Bapa, Firman-Mu mengatakan bahawa roh yang diberikan-Mu tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri. Terima kasih kerana memberikan saya segala sesuatu yang saya perlukan untuk bergerak maju apabila musuh cuba menahan saya. Saya memuji-Mu kerana ketakutan perlu bersujud di hadapan nama Yesus. Pada musim Natal ini, dan sentiasanya, bantulah saya untuk menawan fikiran yang menakutkan dan segera membawanya kepada-Mu supaya kedamaian-Mu meresap di kehidupan saya.
Muat turun imej hari ini di sini.
Perihal Pelan
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.
More