Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 13 DARIPADA 25

Hargai Pendapat Tuhan Terutama Sekali

Setelah Tuhan mendedahkan rancangan-Nya bagi Maria menjadi ibu dara Yesus, Maria memberikan respons dengan lagu pujian yang luar biasa. Dia memuliakan Tuhan kerana kerelaan-Nya untuk menggunakan seseorang yang hina untuk melaksanakan tujuan besar-Nya, dan dia memuji Dia kerana belas kasihan, kesetiaan, dan kuasa-Nya dalam menggenapi janji-Nya tentang seorang Penyelamat.

Salah satu perkara yang paling berkuasa yang dinyatakan Maria dalam lagu ini adalah, "Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku." Ini merupakan pernyataan yang kuat tentang kepercayaan dalam Tuhan, kerana tugas yang diberikan kepadanya berkemungkinan besar akan membawa penilaian dan rasa malu daripada hampir semua kenalannya. Siapakah yang akan mempercayai Maria bahawa dia seorang anak dara? Tunangnya memerlukan penenangan malaikat untuk mempercayai ceritanya. Dua ribu tahun kemudian, masih banyak orang yang mempersoalkan dakwaan kedaraannya.

Menyedari bahawa ini akan berlaku, Maria menumpukan perhatian pada berkat menjadi orang yang dipilih Tuhan untuk tujuan yang penting itu. Dia menyedari bahawa orang yang akan mempercayai Anaknya akan memuliakan dia dan mempercayai Firman Tuhan tentang integritinya. Dia tidak memikirkan kesukaran yang akan dihadapi dalam masyarakat ataupun daripada keluarganya. Dia tidak perlu mempertahankan dirinya. Maria memilih untuk mempercayai Tuhan dan bukannya menolak panggilannya, walaupun itu memaksudkan disalahfahami sepanjang hayatnya. Apa jua yang telah diminta Tuhan untuk dilakukan anda, jangan biarkan sebarang penganiayaan yang mungkin ataupun penilaian orang lain daripada menghalang anda daripada mentaati-Nya. Kita tidak dipanggil untuk keselesaan, diterima, atau difahami. Kita dipanggil untuk membuat perbezaan!

Doa: Bapa, terima kasih kerana memilih seseorang yang hina seperti saya untuk digunakan demi kemuliaan-Mu. Saya mengabdikan diri hari ini untuk melakukan apa sahaja yang Engkau mahu saya lakukan, meskipun sesuatu yang sukar. Walaupun orang di sekeliling saya tidak memahami saya. Pandangan-Mu adalah paling penting bagi saya. Saya menyedari rancangan-Mu adalah berbaloi dengan sebarang tentangan yang mungkin saya hadapi di dunia ini.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/