Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel
Kuasa Kepercayaan
Sesuatu yang berkuasa berlaku apabila kita cukup mempercayai Tuhan untuk bukan sahaja mendengar apa yang dikatakan-Nya, malah mempercayainya. Jika anda mempercayai bahawa apa yang dikatakan Tuhan adalah benar dan bahawa rancangan-Nya untuk anda akan membawakan hasil yang terbaik mungkin, kepercayaan itu akan menghasilkan kedamaian dan berkat. Selepas Maria menemui malaikat dan berserah kepada rancangan Tuhan untuk kehidupannya, dia melawat sepupunya Elisabet, yang juga hamil secara luar biasa setelah mengalami kemandulan selama beberapa tahun. Apabila Elisabet mendengar berita menakjubkan Maria, dia dipenuhi Roh Kudus dan berseru, "Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!"
Maria mempercayai Tuhan apabila Dia mengatakan bahawa dia akan melahirkan Mesias yang telah dinanti-nantikan, dan Dia memberkatinya dengan kedamaian apabila dia mungkin dipenuhi kerisauan. Dia yakin bahawa kelahiran Penyelamat dunia—Penyelamat dia—berbaloi dengan sebarang percubaan yang akan dihadapinya sepanjang perjalanan itu. Maria mempercayai rancangan Tuhan dan bergerak maju mempercayai bahawa janji-Nya akan digenapi dalam kehidupannya.
Apabila hari Natal semakin menghampiri, fikirlah tentang hasil luar biasa daripada kepercayaan Maria: Anak Tuhan telah dilahirkan! Apakah yang diucapkan Tuhan tentang kehidupan anda yang anda perlu percaya hari ini? Percayalah rancangan-Nya, terimalah kedamaian-Nya dengan kesedaran bahawa Dia mengetahui apa yang terbaik buat anda, dan menantikanlah berkat yang akan datang!
Doa: Bapa, semasa saya menumpukan perhatian pada berkat kelahiran Yesus, bantulah saya untuk menjadi lebih menyerupai Maria. Bantulah saya untuk bertumbuh dalam kepercayaan saya dan kepercayaan dalam janji-Mu. Saya sedar rancangan-Mu untuk kehidupan saya membawa hasil yang terbaik mungkin. Bantulah saya untuk mengenal pasti sebarang lingkungan ketidakpercayaan dalam kehidupan saya, dan berikanlah saya iman bahawa Engkau sedang bekerja dalam cara yang tidak dapat dilihat saya. Saya memilih untuk mempercayai Engkau hari ini!
Muat turun imej hari ini di sini.
Perihal Pelan
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.
More