Berjalan dengan Bagasi RinganSampel
Melepaskan Rasa Malu
Saya ingat dengan jelas sekali. Saya meminta orang yang saya hormati untuk berdoa untuk saya. Apabila ia menanya tentang perkara yang ingin didoakan, saya hanya dapat mengatakan bahawa sesuatu adalah tidak kena dengan saya. Seolah-olah, jauh di lubuk hati, tidak kena dengan saya. Saya seorang dewasa, tetapi saya tiada kata-kata untuk menggambarkan keadaan saya.
Ia adalah rasa malu.
Nyatanya, ia bukan rasa bersalah. Rasa bersalah berkaitan dengan menyedari kesilapan anda. Rasa malu adalah perasaan bahawa anda ialah suatu kesilapan. Perbezaan yang besar.
Rasa malu menyakinkan kita bahawa diri kita yang sebenarnya mesti disembunyikan, kerana tiada orang ingin melihat kita yang sebenar itu. Fikiran bahawa Allah melihat diri kita yang sebenarnya membuat kita takut. Itulah yang saya hadapi kerana apa yang dikatakan kepada saya dan dilakukan terhadap saya lama dahulu. Kata-kata dan tindakan tersebut tertanam dalam saya dan menjadi kanta palsu terhadap imej kendiri saya.
Inilah kebenarannya: Allah melihat diri kita yang sebenar, setiap bahagian kita, dan Dia masih mendepangkan tangan-Nya dengan penuh kasih kepada kita. Apabila Dia melihat orang yang mengikut Kristus, Dia melihat anak perempuan dan anak lelaki yang tidak bercela kerana Yesus telah mati untuk menghilangkan rasa malu kita. Saya, kita, boleh melepaskan rasa malu dan menerima nilai yang ditempatkan-Nya pada kita.
Semua itu kedengaran sangat baik, dan memang pun, tetapi inilah yang saya pelajari. Melepaskan rasa malu bukanlah sesuatu yang dilakukan "sekali dan selesai". Bagi saya, rasa malu dikikis berlapis-lapis apabila saya menyedari dan menolak setiap dusta khusus yang telah saya percayai. Kemudian, saya menghantar setiap lapisan rasa malu itu atas penerbangan sehaluan ke tempat yang sejauh mungkin semasa saya menemui dan mengeluarkan kebenaran khusus daripada Firman Allah untuk menggantikan setiap dusta itu.
Melepaskan rasa malu mungkinlah tidak cepat, mudah, atau senang, tetapi ia adalah ringan. Allah tidak mempercayai sampah yang anda percayai tentang diri anda, tetapi Dia akan mengangkutnya daripada anda, jika anda membenarkan-Nya.
Amanda, membuang rasa malu
Bertindak: Kenal pasti dusta yang anda percaya dan mula menerapkan dan mengkhabarkan kebenaran Allah. www.life.church/declarations
Perihal Pelan
Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.
More