Berjalan dengan Bagasi RinganSampel

Travel Light

HARI 5 DARIPADA 7

Melepaskan Kawalan

Beberapa bulan lalu, saya menamatkan latihan amali di gereja saya. Ia adalah menakjubkan, tetapi saya tidak tahu apa langkah seterusnya. Saya asyik menanya (ada kalanya memberitahu) Allah tentang langkah seterusnya, dan nampaknya Dia terus membalas saya, tetapi jawapan-Nya tidak masuk akal kepada saya. Jadi, saya menganggap saya tidak dengar dengan betul. 

Saya hilang kawalan terhadap apa yang dikehendaki saya. Allah tidak mengikut rancangan kehidupan saya!

Saya diingatkan tentang ibu Yesus. Dapatkah anda membayangkannya? Maria tidak membuat keputusan untuk menjadi seorang remaja yang hamil sebelum nikah. Ia tidak memutuskan respons bakal suaminya setelah ia mengetahui bahawa ia bukan bapa kandung anak itu. Ia tidak dapat mengawal pendapat orang lain, dan saya pasti mereka itu pasti mempunyai pendapat.

Akhirnya, saya memutuskan untuk melepaskan kawalan yang tidak pernah saya miliki terhadap masa depan saya dan memegang rancangan saya dengan tangan terbuka yang diangkat kepada Allah. Seperti yang dikatakan oleh Maria—biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan. 

Saya tidak harus terkejut, tetapi Allah tidak mengubah jawapan-Nya. Dia terus memimpin saya untuk berpindah ke sebuah kota yang baru di mana saya tidak mempunyai pekerjaan, tiada keluarga, tiada petunjuk, dan tiada tempat tinggal. 

Maria dan Yusuf membuat perjalanan yang serupa ke Mesir, kecuali mereka melarikan diri untuk melindungi anak mereka, yang jugalah Anak tunggal Allah. 

Saya amat keliru, tetapi saya mula mengorak langkah untuk mentaatinya. Sekali lagi, saya tidak harus terkejut, tetapi saya menemui tempat tinggal, teman sebilik, pekerjaan, dan kini saya seorang pemimpin sukarelawan di gereja. 

Ia berjalan lancar untuk Maria, Yusuf, dan Yesus juga!

Sama ada lokasi, kerjaya, kewangan, pengasuhan, hubungan, ataupun hobi yang saya gemari—selama saya mempunyai kawalan sepenuhnya, keadaannya tidaklah jelas. 

Saya asyik memusing, membalik, dan cuba mengasak kepingan susun suai gambar saya ke tempat pilihan saya, tetapi ia tidak muat. Sebaliknya, Allah mempunyai pandangan yang terbaik tentang susun suai gambar itu. Saya mempercayai-Nya dengan semua kepingan bermula dari sekarang. Jadilah seperti kehendak-Nya. 

Kaelyn, tidak mengawal

Pertimbangkan: Apakah sesuatu yang anda cengkam dengan kuat? Apakah sesuatu yang anda takut akan kehilangan? Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah jawapan Allah tidak masuk akal kepada anda? Apakah langkah pertama anda untuk melepaskan kawalan?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Travel Light

Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/