Berjalan dengan Bagasi RinganSampel
![Travel Light](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13407%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Melepaskan Benda
Pada suatu masa dahulu, saya sangat suka akan benda, terutamanya pakaian. Bertimbun-timbun benda yang murah harganya, pakaian, dan kasut, menjangka pembelian seterusnya, teringin sangat apa yang dipakai oleh orang lain. Saya menyedari bahawa semua benda ini berlonggok cukup tinggi untuk membayangi penyembahan harian saya terhadap Allah.
Roma 12:1 dalam versi The Message menyatakan, "Persembahkanlah kehidupan sehari-hari anda—waktu tidur, makan, bekerja, dan berjalan anda—dan letakkannya di hadapan Allah sebagai korban (Take your everyday, ordinary life—your sleeping, eating, going-to-work, and walking-around life—and place it before God as an offering)."
Lalu saya menjalankan satu eksperimen kehidupan: Saya berhenti membeli pakaian dan kasut selama setahun!
Yesus kerap berbicara kepada kita tentang cara kita harus menguruskan benda. Dalam Lukas 12, Dia menyatakannya secara terang-terangan.
… "Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak! Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali." Lukas 12:15 BM
Saya banyak belajar dalam setahun. Saya menyedari bahawa benda bukan sahaja membebani saya. Bekerja untuk pelayanan antarabangsa, Tearfund, saya melihat bagaimana pengeluaran perindustrian benda saya, terutamanya sesetengah daripada benda yang murah harganya, boleh membebani jiran global saya. Apabila saya mempelajari semakin banyak tentang saudara dan saudari yang bekerja keras untuk gaji yang kecil, benda saya yang berlebihan kelihatan tidak seimbang.
Apabila keinginan saya akan benda berkurang, keinginan saya akan Allah bertambah. Saya fikir saya akan rasa kekurangan, tetapi saya memperoleh jauh lebih banyak daripada Allah. Bukan bentuk "lebih" yang bertimbun-timbun, tetapi bentuk yang membebaskan anda.
Bolehkah saya mendorong anda dengan kata-kata saya yang memparafrasakan kata-kata Rasul Paulus? Walaupun terdapat tekanan sosial yang besar untuk menggunakan lebih banyak yang tidak ada hujungnya—Yesus telah membebaskan kita. Maka, berdiri teguh, dan jangan membiarkan diri anda dibebani lagi oleh timbunan benda.
Sekarang ini, saya membeli pakaian lagi, tetapi saya adalah lebih seimbang. Saya lebih bersyukur. Saya lebih menghargai keindahan dan kualiti. Saya kurang membazir, dan saya cuba menghargai setiap orang yang telah menghasilkan benda saya melalui pilihan pembelian saya. Almari saya adalah lebih kosong, tetapi kehidupan saya adalah lebih penuh. Hal terbaik tentang melepaskan benda adalah ruang dalam kehidupan saya untuk menyembah pencipta yang terbaik.
Sarah, dibebaskan daripada benda
Doa: Allah, adakah terdapat apa-apa cara yang saya benarkan benda untuk menghalang saya daripada mengasihi-Mu dan mengasihi orang lain?
Perihal Pelan
![Travel Light](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13407%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.
More