Berjalan dengan Bagasi RinganSampel

Travel Light

HARI 1 DARIPADA 7

Melepaskan … Segala-galanya

Pernahkah anda mengembara dengan hanya membawa sebuah beg galas? Ia amat menyeronokkan dan sering membawa anda ke destinasi yang menakjubkan. Apabila anda menjadi pengembara beg galas buat pertama kalinya, anda akan menyedari dengan cepat bahawa segala sesuatu yang anda bawa adalah sesuatu yang anda perlu pikul. Untuk beberapa batu. Biasanya menaiki bukit. Kebanyakan pengembara beg galas sedar bahawa mereka tidak boleh membawa segala-gala yang diingini. Pengembara beg galas yang berpengalaman sedar bahawa anda tidak boleh membawa segala-gala yang anda rasa anda perlukan. 

Setiap auns adalah penting.

Tidak jauh berbeza daripada kehidupan, bukan? Terlalu kerapnya, saya cuba memikul apa yang tidak dimaksudkan oleh Allah untuk dipikul oleh saya. Saya lebih baik daripada berfikir Allah mahu saya memikul beban keporak-perandaan keluarga, tekanan kewangan, kekesalan terhadap keputusan yang tidak bijak, matlamat yang tidak tercapai di tempat kerja, dan apa jua yang saya cuba laksanakan hari ini. 

Allah terus-terangan meminta kita untuk menyerahkan bagasi kita kepada-Nya (1 Petrus 5:7) dan untuk buang apa jua yang menghalang kita (Ibrani 12:1). Memang menakjubkan untuk berfikir bahawa Allah betul-betul mahu kita untuk membuang segala sesuatu yang menghalang kita. Namun, mengapakah Allah mahu kita berjalan dengan bagasi ringan? Mengapakah Dia cuba mengambil rasa takut, rasa malu, ketagihan, kekesalan, dan isu pengawalan kita? 

Semasa anda memasukkan benda ke dalam beg galas anda itu, segala sesuatu yang anda tinggalkan bermaksud ruang untuk sesuatu yang lain. Allah inginkan lebih banyak ruang dalam kehidupan kita untuk-Nya.

Jika anda mempertimbangkannya, itu merupakan suatu pertukaran yang mengagumkan; kita memberikan beban kita kepada Allah dan Dia memberikan diri-Nya kepada kita. Kegelapan untuk terang. Tekanan untuk kedamaian. Kemarahan untuk sukacita. Kekesalan untuk kebebasan. Namun, entah kenapa semakin banyak yang kita pikul daripada-Nya, semakin ringannya kita. 

Apakah beberapa perkara yang anda pikul sepanjang perjalanan anda yang menjadi terlalu berat? Anda tidak perlu memilkulnya lagi. Anda boleh menukarkannya untuk lebih banyak Allah lagi. Apakah sesuatu yang anda pikul yang tidak harus dipikul oleh anda? Bagaimanakah anda boleh mempercayai Allah dengan beban itu? Apakah sesuatu yang anda rasa anda perlu tetapi tidak berdaya untuk pikul lagi? Bagaimanakah anda boleh membenarkan Allah dan orang lain untuk memikul sebahagian daripada beban itu? 

Matt, seorang pemuat berlebihan yang kian pulih

Doa: Allah, saya menerima tawaran-Mu. Saya akan mula mempercayai-Mu dengan (masukkan beban khusus anda). Terima kasih Allah kerana mengangkat dan memelihara saya. Amin. 

Dengar mesej dan dapatkan sumber tentang ini

Hari 2

Perihal Pelan

Travel Light

Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/