Berjalan dengan Bagasi RinganSampel
Mengapa Berjalan dengan Bagasi Ringan?
Mengapa tidak terus hidup seperti biasa? Mengapa kita harus melepaskan semua perkara ini dan berjalan dengan bagasi ringan?
Kerana kita telah dibebaskan untuk hidup bebas.
Kerana perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat.
Kerana banyak daripada anak kita akan menjadi ibu bapa seseorang yang lain.
Kerana Pencipta segala sesuatu ialah pemandu kita.
Kerana tiada apa-apa adalah milik kita.
Kerana orang lain rasa terluka dan sedang sembuh juga.
Kerana Dia mengampuni kita terdahulu.
Kerana rasa malu hanya berpura-pura.
Kerana kita sudah ada cukup.
Kerana Dia cukup bagi kita.
Kerana ia lebih seronok.
Kerana ia memudahkan kita untuk mengatakan ya terhadap panggilan Allah akan pengembaraan seterusnya.
Kerana keabadian adalah satu perjalanan yang panjang.
Kerana Yesus telah dilahirkan.
Kerana Yesus telah mati untuk ini.
Kerana Yesus telah dibangkitkan dan meminta kita untuk pergi mengkhabarkan Berita Baik-Nya kepada semua orang!
Jason, berjalan dengan bagasi ringan kerana—Yesus
Doa: Okey, Allah, marilah melakukan ini. Berilah saya kekuatan untuk terus melepaskan tangan. Saya mahu Engkau untuk menjadi pemimpin kehidupan saya. Saya mempercayai-Mu dengan segala sesuatu. Amin.
Lebih banyak kandungan tentang melepaskan tekanan dan mempercayai Allah.
Perihal Pelan
Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.
More