Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku, kerana TUHAN Raja menolong aku. Aku menguatkan hatiku supaya tabah. Aku tahu aku tidak akan dipermalukan, kerana Allah menyertai aku. Dia akan membuktikan bahawa aku tidak bersalah. Beranikah sesiapa menuduh aku? Marilah kita ke pengadilan. Biarlah dia mengajukan tuduhan. TUHAN Raja sendiri membela aku; siapakah dapat mengatakan aku bersalah? Semua pendakwaku akan lenyap; mereka akan lenyap seperti kain usang dimakan gegat.
Baca YESAYA 50
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YESAYA 50:7-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video