Crazy Love bersama dengan Francis ChanSampel

Crazy Love With Francis Chan

HARI 6 DARIPADA 7

“Apabila Anda Dilamun Cinta”

Pernahkah anda menemui seseorang yang betul-betul dan amat mengasihi Yesus? Saya pernah. Nenek isteri saya, Clara.

Pada setiap pagi, Clara akan berlutut di sebelah katilnya dan menghabiskan berjam-jam bersama dengan Penyelamat dan Kekasihnya; kemudian, dia akan menitiskan air mata kegembiraan dan rasa berdebar-debar hanya melihat sudut katilnya itu terfikirkan masa yang akan dihabiskan dalam hadirat-Nya pada pagi keesokan harinya.

Nenek Clara bertindak terhadap Allah sebagaimana kita bertindak terhadap orang yang digila-gilakan kita.

Apabila anda benar-benar dilamun cinta, anda mencuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama dengan orang yang dikasihi. Anda akan memandu beberapa jam untuk berada di sisinya, walaupun untuk seketika sahaja. Anda tidak keberatan untuk tidur lewat untuk berbual. Berjalan dalam hujan adalah romantik, tidak menjengkelkan. Anda sanggup menghabiskan setambun wang untuk orang yang digila-gilakan. Apabila anda berjauhan daripadanya, ia menyakitkan hati, juga sengsara. Dia sahajalah yang difikirkan anda; anda menyambar peluang untuk bersama dengannya.

Dalam bukunya “God is the Gospel”, John Piper pada dasarnya menanya sama ada kita mencintai Allah:

“Soalan yang penting untuk generasi kita—dan untuk setiap generasi—adalah ini: Jika anda boleh memiliki syurga, tanpa kesakitan, dengan semua kawan anda di bumi ini, semua makanan yang digemari, serta semua kegiatan senggang yang dinikmati, semua keindahan semula jadi yang pernah dilihat, semua kenikmatan fizikal yang pernah dialami, dan tanpa konflik manusia atau bencana semula jadi, adakah anda akan rasa berpuas hati dengan syurga, jika Kristus tiada di sana?”

Berapa ramai orang antara anda akan membaca kata-kata tersebut dan mengatakan, “Rasanya saya boleh menerima itu”? Sekiranya anda betul-betul mengasihi Allah dengan mendalam seperti Nenek Clara, anda sedar bahawa anda tidak mungkin berpuas hati di syurga tanpa Kristus.

* Pernahkah anda menemui seseorang yang mengasihi Allah dengan segenap hati? Jika berkesempatan, panggillah mereka dan bercakap tentang hubungan anda dengan Tuhan dan bagaimana anda boleh mendalamkan kasih anda terhadap Penyelamat kita.

Akhirnya, tonton video ini dan pertimbangkan hujah-hujah yang dibincangkan:

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Crazy Love With Francis Chan

Dipetik daripada buku terlarisnya dalam daftar New York Times "Crazy Love," Francis Chan menyelidiki kasih Allah yang tidak masuk akal terhadap kita secara mendalam, dan rupa respons kita yang sewajarnya bagi kasih demikian. Walau bagaimanapun dia tidak berhenti dengan itu sahaja, malah mencabar kita untuk merenungkan kebesaran Allah dan perbezaan besar antara kemuliaan kekal-Nya dan kehidupan sementara kita di bumi ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/crazy_love/