Crazy Love bersama dengan Francis ChanSampel
“Anda Mungkin Tidak Menghabiskan Bab Ini"
Anda mungkin mati sebelum menghabiskan ini. Saya mungkin mati semasa anda membacanya. Hari ini. Bila-bila masa.
Pada hari biasa, kita hidup asyik dengan diri sendiri. Pada hari biasa, kita tidak banyak berfikir tentang Allah. Pada hari biasa, kita lupa bahawa kehidupan kita sebenarnya suatu wap.
Adakah anda benar-benar percaya bahawa anda boleh lenyap pada bila-bila masa? Bahawa barangkali anda akan mati pada hari ini? Ataupun adakah anda rasa anda tidak dapat dikalahkan?
Saya tidak pernah mengalami masalah jantung sehingga beberapa tahun lepas apabila saya mengalami palpitasi jantung dengan tiba-tiba. Dengan peredaran masa, ia menjadi semakin kerap, dan ia membimbangkan saya.
Secara jujur, saya sedar akan masalahnya. Saya tenggelam dalam tekanan dan dikuasainya. Ia adalah musim Natal, dan saya perlu melakukan dan berfikir tentang banyak perkara.
Walau bagaimanapun, pada hari sebelum hari Natal, isu itu menjadi terlalu serius sehingga saya memberitahu isteri saya bahawa saya akan ke wad kecemasan selepas kebaktian minggu. Akan tetapi, semasa kebaktian, saya menyerahkan semua kerisauan dan tekanan saya kepada Allah. Simptom-simptom saya hilang secara beransur-ansur, dan saya tidak berjumpa dengan doktor.
Semasa saya dikuasai masalah saya—tertekan tentang hidup saya, keluarga saya, dan pekerjaan saya—saya sebenarnya menyampaikan kepercayaan bahawa saya rasa keadaan itu adalah lebih penting daripada perintah Allah untuk sentiasa bersukacita. Dengan kata lain, saya “berhak” untuk mengingkari Allah kerana magnitud tanggungjawab saya.
Saya mendapati diri selalu mempelajari semula pengajaran ini. Walaupun saya ternampak kekudusan Allah sepintas lalu, saya masihlah bodoh kerana terlupa bahawa kehidupan adalah tentang Allah sahaja dan langsung bukan tentang saya.
* Berapa kerapkah anda berfikir tentang betapa singkatnya hidup anda? Bagaimanakah kesedaran ini membantu anda untuk hidup dengan lebih telus, dengan lebih berkasih sayang, dengan kepercayaan yang lebih kuat?
Akhirnya, tonton video ini dan pertimbangkan hujah-hujah yang dibincangkan:
Perihal Pelan
Dipetik daripada buku terlarisnya dalam daftar New York Times "Crazy Love," Francis Chan menyelidiki kasih Allah yang tidak masuk akal terhadap kita secara mendalam, dan rupa respons kita yang sewajarnya bagi kasih demikian. Walau bagaimanapun dia tidak berhenti dengan itu sahaja, malah mencabar kita untuk merenungkan kebesaran Allah dan perbezaan besar antara kemuliaan kekal-Nya dan kehidupan sementara kita di bumi ini.
More