Crazy Love bersama dengan Francis ChanSampel
“Berhenti Berdoa”
Bagaimana jika saya mengatakan, “Berhenti berdoa”? Bagaimana jika saya memberitahu anda untuk berhenti bercakap kepada Allah buat sementara waktu, sebaliknya mengkaji-Nya secara tepat dan mendalam sebelum anda mengucapkan apa-apa lagi? Salomo mengingatkan kita agar tidak terburu-buru bercakap kepada Allah. Itulah yang dilakukan orang bodoh. Kerap kali, itulah yang kita lakukan.
Orang yang bijak menghampiri Allah tanpa berkata-kata dan menghormati-Nya. Ia mungkin kelihatan seperti suatu usaha yang tidak mungkin berjaya, untuk melihat Allah yang tidak kelihatan. Namun, Roma 1:20 memberitahu kita bahawa melalui ciptaan-Nya, kita dapat melihat “sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan” dan “keadaan-Nya sebagai Allah.”
Marilah kita mulakan pembacaan pelan ini dengan merenung Allah tanpa berkata-kata. Tontonlah video ini.
Terdiam? Kagum? Ditundukkan?
Apabila saya melihat imej tersebut buat pertama kalinya, saya terpaksa bersembah. Saya tidak mahu bercakap atau berkongsinya dengan orang lain. Saya cuma mahu duduk dengan senyap dan mengagumi Pencipta itu.
R. C. Sproul menulis, “Manusia tidak pernah rasa terharu seperti yang sepatutnya dan kagum dengan keyakinan akan ketidakpentingan mereka, sehingga mereka membandingkan diri dengan kemuliaan Allah.”
* Sudah berapa lama sejak anda merenungkan kebesaran dan kemuliaan Allah sahaja? Apakah amalan yang boleh anda mulakan untuk menjadikan rasa hormat dan kekaguman ini sebahagian daripada kehidupan harian anda?
Akhirnya, tonton video ini dan pertimbangkan hujah-hujahnya:
Perihal Pelan
Dipetik daripada buku terlarisnya dalam daftar New York Times "Crazy Love," Francis Chan menyelidiki kasih Allah yang tidak masuk akal terhadap kita secara mendalam, dan rupa respons kita yang sewajarnya bagi kasih demikian. Walau bagaimanapun dia tidak berhenti dengan itu sahaja, malah mencabar kita untuk merenungkan kebesaran Allah dan perbezaan besar antara kemuliaan kekal-Nya dan kehidupan sementara kita di bumi ini.
More