Crazy Love bersama dengan Francis ChanSampel

Crazy Love With Francis Chan

HARI 5 DARIPADA 7

“Menyerahkan Sisa Kita kepada Allah yang Kudus”

Yakobus 2:19 menyatakan, “Kamu percaya bahawa Allah hanya satu. Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan gementar kerana takut.” Allah bukan sahaja mahu kita memiliki teologi yang baik; Dia ingin kita mengenali dan mengasihi Dia. 1 Yohanes 2:3-4 memberitahu kita, “Jika kita taat kepada perintah Allah, itulah tandanya kita mengenal Dia. Jika seseorang berkata, “Aku mengenal Allah,” tetapi tidak taat kepada perintah-Nya, orang seperti itu pendusta. Allah tidak ada di dalam hatinya.”

Katakan saya gila, tetapi saya rasa ayat-ayat tersebut memaksudkan bahawa orang yang mendakwa mengenal Allah tetapi tidak mentaati perintah-Nya adalah seorang penipu dan kebenaran tidak ada dalamnya.

Sesetengah orang mendakwa bahawa kita boleh menjadi seorang Kristian tanpa menjadi seseorang murid. Jadi, saya tertanya-tanya mengapa perkara terakhir yang dikatakan Yesus kepada kita adalah pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku? Anda akan mendapati bahawa Dia tidak menambahkan, “Tapi jika itu menuntut terlalu banyak daripada kamu, beritahu mereka untuk menjadi orang Kristian saja—kamu tahu, orang yang dapat ke syurga tanpa terikat kepada apa-apa.”

Sekarang, saya tidak mahu orang percaya yang sejati untuk meragui keselamatan mereka semasa membaca buku ini. Di tengah-tengah ikhtiar gagal kita untuk mengasihi Yesus, kasih karunia-Nya melindungi kita.

Tiap-tiap seorang daripada kita mempunyai unsur dan amalan suam-suam kuku dalam kehidupan kita; di situlah letaknya kasih karunia yang tidak masuk akal dan berkelimpahan. Alkitab jelas menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk kegagalan dan dosa kita dalam pencarian kita akan Allah. Rahmat-Nya selalu baru setiap pagi (Ratapan 3). Kasih karunia-Nya sudah cukup (2 Korintus 12:9). Saya tidak mengatakan bahawa apabila anda melakukan kesilapan, ia bermaksud anda bukanlah orang Kristian yang sejati pada mula-mulanya. Jika itu adalah benar, tiada orang yang akan mengikuti Kristus.

* Adakah anda melihat buah keKristianan dalam kehidupan anda? Kasih untuk Kristus, mentaati perintah-Nya? Jika anda rasa berani, minta seseorang yang mengenali anda dengan baik sama ada tindakan anda mencerminkan Kristus dan perintah yang diberi-Nya.

Akhirnya, tonton video ini dan pertimbangkan hujah-hujah yang dibincangkan:

Tonton video ini dalam Bahasa Melayu. Klik tetapan video (ikon gear), klik “Sari kata/CC” dan pilih Melayu.
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Crazy Love With Francis Chan

Dipetik daripada buku terlarisnya dalam daftar New York Times "Crazy Love," Francis Chan menyelidiki kasih Allah yang tidak masuk akal terhadap kita secara mendalam, dan rupa respons kita yang sewajarnya bagi kasih demikian. Walau bagaimanapun dia tidak berhenti dengan itu sahaja, malah mencabar kita untuk merenungkan kebesaran Allah dan perbezaan besar antara kemuliaan kekal-Nya dan kehidupan sementara kita di bumi ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/crazy_love/