Crazy Love bersama dengan Francis ChanSampel

Crazy Love With Francis Chan

HARI 3 DARIPADA 7

“Kasih yang Tidak Masuk Akal”

Jika anda pernah menghabiskan masa di gereja, anda pasti pernah dengar pernyataan, dalam satu bentuk atau lain, idea bahawa Allah mengasihi kita. Satu-satunya masalahnya bagi saya, adalah ia merupakan suatu konsep yang diajarkan kepada saya, bukannya sesuatu yang saya ketahui adalah benar sepenuhnya. Selama bertahun-tahun saya “memiliki” kasih Allah dalam fikiran saya, memberikan jawapan yang betul dalam ujian “apakah sifat Allah”, tetapi tidak memahami sepenuhnya dengan hati saya.

Saya rasa bukan saya sahaja yang salah faham tentang kasih Allah. Kebanyakan daripada kita, setakat tertentu, mengalami kesulitan memahami, mempercayai, atau menerima kasih Allah yang sempurna dan tidak terbatas terhadap kita.

Syukurlah bagi saya, hubungan saya dengan Allah mengalami suatu perubahan besar apabila saya menjadi seorang bapa. Selepas kelahiran anak sulung saya, saya mula melihat betapa salahnya fikiran saya tentang Allah. Buat pertama kalinya saya merasai apa yang saya rasa adalah perasaan Allah terhadap kita. Saya kerap berfikir tentang anak perempuan saya. Saya berdoa untuknya semasa dia tidur pada waktu malam. Saya menunjukkan gambarnya kepada semua orang. Saya ingin memberikannya seluruh dunia ini.

Kasih saya dan keinginan saya terhadap kasih anak-anak saya adalah amat kuat sehinggakan ia membuka mata saya kepada betapa banyaknya Allah menginginkan dan mengasihi kita. Penyataan kasih anak perempuan saya terhadap saya dan keinginannya untuk bersama-sama dengan saya adalah perkara yang paling menakjubkan. Pengalaman betul-betul diingini anak anda dengan riang dan penuh semangat tiada bandingnya.

Melalui pengalaman ini, saya memahami bahawa keinginan saya terhadap anak-anak saya hanyalah gemaan lemah akan kasih besar Allah terhadap saya dan terhadap setiap orang yang telah dicipta-Nya. Saya hanyalah seorang bapa duniawi yang berdosa, dan saya amat mengasihi anak-anak saya. Bagaimana mungkin saya tidak percaya Bapa syurgawi yang sempurna, yang mengasihi saya jauh lebih mendalam daripada saya mungkin mengasihi anak-anak saya?

* Adakah anda percaya bahawa kasih besar Allah adalah untuk anda, secara peribadi? Apakah yang boleh anda lakukan untuk memindahkan pengetahuan ini daripada fikiran anda kepada hati anda?

Akhirnya, tonton video ini dan pertimbangkan hujah-hujah yang dibincangkan:

Tonton video ini dalam Bahasa Melayu. Klik tetapan video (ikon gear), klik “Sari kata/CC” dan pilih Melayu.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Crazy Love With Francis Chan

Dipetik daripada buku terlarisnya dalam daftar New York Times "Crazy Love," Francis Chan menyelidiki kasih Allah yang tidak masuk akal terhadap kita secara mendalam, dan rupa respons kita yang sewajarnya bagi kasih demikian. Walau bagaimanapun dia tidak berhenti dengan itu sahaja, malah mencabar kita untuk merenungkan kebesaran Allah dan perbezaan besar antara kemuliaan kekal-Nya dan kehidupan sementara kita di bumi ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/crazy_love/