Crazy Love bersama dengan Francis ChanSampel
“Profil Orang yang Suam-suam Kuku”
Adakah anda akan menggambarkan diri anda sebagai mengasihi Yesus Kristus dengan segenap hati? Atau adakah perkataan separuh hati, suam-suam kuku, dan tidak bersungguh-sungguh lebih sesuai?
Alkitab meminta kita untuk menguji diri, jadi saya akan memberikan anda gambaran rupa orang yang suam-suam kuku. Semasa anda membaca contoh-contoh ini, saya mendorong anda untuk meneliti diri dan cara hidup semasa anda secara jujur.
Orang yang suam-suam kuku:
- Menghadiri gereja dengan agak tetap. Ini dijangkakan daripada mereka, apa yang dipercayai dilakukan oleh “orang Kristian yang baik,” maka mereka menghadirinya.
- Menyumbang kepada badan kebajikan dan gereja… asalkan ia tidak mempengaruhi taraf hidup mereka. Jika mereka mempunyai wang yang lebih dan keadaannya adalah mudah serta selamat untuk memberi, mereka akan melaksanakannya.
- Terasa hendak menyesuaikan diri di dalam dan di luar gereja; mereka lebih mengambil berat tentang apa yang difikirkan orang tentang perbuatan mereka daripada apa yang difikirkan Allah tentang hati dan kehidupan mereka.
- Sebenarnya tidak mahu diselamatkan daripada dosa mereka; mereka hanya ingin diselamatkan daripada hukuman dosa mereka.
- Berasa terharu dengan cerita tentang orang yang melakukan perkara yang radikal demi Kristus, namun mereka sendiri tidak bertindak. Orang yang suam-suam kuku memanggil apa yang dijangkakan Yesus daripada semua pengikut-Nya itu sebagai “radikal.”
- Jarang mengongsikan iman mereka dengan jiran, rakan sekerja, atau kawan mereka. Mereka tidak mahu ditolak, mereka juga tidak mahu membuat orang lain rasa tersinggung dengan perbualan tentang isu-isu peribadi seperti agama.
- Mengukur kemoralan atau “kebaikan” dengan membandingkan diri dengan dunia sekular. Mereka berpuas hati kerana mereka tidak seteruk seseorang di jalan itu.
- Mengatakan mereka mengasihi Yesus, dan bahawa Dia adalah sebahagian daripada hidup mereka. Namun, hanya sebahagian sahaja. Mereka memberikan-Nya sebahagian daripada masa, wang, fikiran mereka, tetapi Dia tidak dibenarkan untuk mengawal kehidupan mereka.
- Mengasihi Allah, tetapi mereka tidak mengasihi-Nya dengan segenap hati, jiwa, dan kekuatan mereka.
- Mengasihi orang lain tetapi tidak berusaha mengasihi orang lain sebagaimana mereka mengasihi diri.
* Berapa banyak “ciri-ciri suam-suam kuku” ini bergema dengan cara anda menjalankan kehidupan anda? Berdoalah agar Allah melembutkan hati anda, sesudah itu, pilih satu ciri khusus untuk diusahakan (dan terus didoakan) sepanjang minggu ini.
Akhirnya, tonton video ini dan pertimbangkan hujah-hujah yang dibincangkan:
Perihal Pelan
Dipetik daripada buku terlarisnya dalam daftar New York Times "Crazy Love," Francis Chan menyelidiki kasih Allah yang tidak masuk akal terhadap kita secara mendalam, dan rupa respons kita yang sewajarnya bagi kasih demikian. Walau bagaimanapun dia tidak berhenti dengan itu sahaja, malah mencabar kita untuk merenungkan kebesaran Allah dan perbezaan besar antara kemuliaan kekal-Nya dan kehidupan sementara kita di bumi ini.
More