Salvation RiseSampel

Victorious (Kemenangan)
Dengar "Victorious" dan baca teks berikut:
Jika anda dilahirkan dan dibesarkan di South Carolina, anda tidak menjadi orang Georgia jika anda memandu menyeberangi sempadan negeri. Anda akan sentiasanya berasal dari South Carolina, walau mana pun anda pergi atau apa saja yang anda lakukan.
Identiti kita tidak ditentukan oleh situasi semasa kita. Identiti kita tidak berubah berdasarkan tempat yang ditujui atau apa yang sedang dilakukan. Identiti kita ditentukan oleh Dia yang telah mencipta kita.
Sebaik sahaja anda memulakan kehidupan dengan Yesus, anda sentiasa milik-Nya. Tiada apa-apa yang anda boleh lakukan untuk membuat Allah lebih mengasihi anda atau kurang mengasihi anda. Anda mempunyai haluan yang baru dalam kehidupan: mendengar Yesus dan melakukan apa yang dikata-Nya.
Bergumul dengan dosa tidak bermaksud anda tidak diselamatkan. Disebabkan anda menjadi milik Yesus, anda tidak mungkin kehilangan keselamatan anda. Keselamatan tidak bergantung kepada usaha anda, tetapi pada kasih karunia Allah.
Identiti yang diberikan Allah kepada anda berterusan daripada sekarang sampai selama-lamanya. Apakah satu label atau adjektif yang tidak lagi berkaitan dengan anda kerana anda kini menjadi milik Yesus?

Perihal Pelan

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc