Salvation RiseSampel

Salvation Rise

HARI 8 DARIPADA 10

Invincible (Tidak Dapat Dikalahkan)

Dengar "Invincible" dan baca teks berikut:

Hizkia menjadi raja Israel selama hampir 30 tahun. Dia mula berkuasa semasa pertengahan usia 20-an dan memerintah sehingga kira-kira 715 SM. Seperti kebanyakan daripada kita, Hizkia tidak betul tentang segala sesuatu. Walau bagaimanapun, satu perkara yang diperhatikannya dengan betul adalah ini: Dia sedar meskipun dia adalah dari keturunan kerabat diraja, dia bukanlah orang yang terbesar.

Apabila sebuah negara jiran bersedia untuk menyerang Israel, Hizkia meminta pertolongan Allah:

“Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, Engkau yang bersemayam di atas kerub, Engkau satu-satunya Allah yang memerintah semua kerajaan di dunia. Engkau mencipta langit dan bumi. Sekarang lihatlah hal yang berlaku kepada kami. Dengarlah segala hinaan yang diucapkan oleh Raja Sanherib terhadap-Mu, ya Allah yang hidup" (Yesaya 37:16-17).

Allah telah mencipta segala sesuatu dan memerintah segala sesuatu. Mazmur 29 menyatakan bahawa Allah mengguntur di atas laut dan suara-Nya bergema di seluruh lautan. Kuasa dan kemasyhuran Allah adalah amat besar, ia tidak dapat disembunyikan atau dibendung. Dan seperti Hizkia, kita mempunyai Allah pada pihak kita.

Walau apa pun yang anda hadapi pada hari ini, Allah adalah lebih besar. Allah adalah lebih besar daripada musuh dalam selimut yang mengumpat, bil yang mengancam akan memufliskan anda, dan apa-apa diagnosis doktor. Dia adalah lebih besar daripada ketagihan yang menjadi pergumulan anda selama bertahun-tahun dan kemarahan yang mengancam hubungan anda.

Walau apa pun kelemahan kita, apa pun penderitaan kita, kita tidak perlu menerimanya sebagai keadaan sedia adanya. Kita mengetahui jalan kepada kebesaran. Allah kita adalah wira kuat yang menang setiap kali. Apakah bantuan yang anda perlukan daripada-Nya hari ini?
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Salvation Rise

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc