Salvation RiseSampel

Salvation Rise

HARI 1 DARIPADA 10

Glory Be (Kemuliaan kepada Bapa)

Dengar "Glory Be" dan baca teks berikut:

Anda ditimpa nahas kapal.

Serpihan kapal tenggelam di sekeliling anda. Anda cuba berenang, tetapi satu serpihan badan kapal yang besar menghimpit anda ke dasar lautan yang berbatu-batan. Anda tidak dapat timbul ke permukaan laut untuk menarik nafas.

Tiada orang yang menjangka anda untuk menyelamatkan diri dalam situasi itu. Anda bukan sahaja perlu dibawa ke permukaan air dan disedarkan semula, anda perlu dihantar ke darat.

Tanpa Yesus, kita semua terperangkap dalam kematian rohani. Kita tidak dapat berjaya hasil titik peluh sendiri atau menyelamatkan diri sendiri.

Kita bukan sahaja orang jahat yang perlu menjadi baik; kita adalah orang mati yang perlu dihidupkan semula.

Kasih karunia bermaksud Allah memberikan kita apa yang kita tidak patut terima. Semasa kita berada dalam keadaan paling buruk kita, diikat dosa dan pemberontakan kita terhadap Allah, Yesus campur tangan. Disebabkan Yesus, kita bukan sahaja berupaya diberikan peluang kedua dalam kehidupan ini, malah peluang untuk menjalankan kehidupan yang baik.

Kita tidak mungkin bekerja dengan cukup kuat atau menjadi cukup baik. Allah mengasihi kita jauh lebih daripada yang kita patut terima atau yang dapat dibayangkan.

Kasih karunia Allah membawa kelainan. Ia memindahkan kita daripada kematian kepada kehidupan dan daripada kesesatan kepada dijumpai. Apakah yang dikatakan kasih karunia yang luar biasa ini tentang Allah?
Hari 2

Perihal Pelan

Salvation Rise

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc