Salvation RiseSampel
![Salvation Rise](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1276%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Agnus Dei
Dengar "Agnus Dei" dan baca teks berikut:
Menjadi kudus bermaksud menjadi suci dan sempurna. Tidak seorang pun daripada kita yang sempurna. Kehidupan kita tidak sempurna. Keluarga kita tidak sempurna. Anak-anak kita tidaklah sempurna. Namun, Yesus adalah sempurna.
Apabila kita menyanyikan haleluya, kita sebenarnya mengatakan, "Puji Tuhan." Yesus layak menerima pujian kita kerana Dia adalah sempurna. Dia layak menerima pujian kita kerana mengorbankan diri-Nya untuk menebus dosa kita. Sebelum Yesus mati, umat Allah mengorbankan anak domba untuk menebus dosa mereka. Haiwan tersebut tidak bersalah; haiwan itu cumalah kambing hitam. Seperti anak domba, Yesus telah memikul hukuman dosa kita sekali dan untuk selama-lamanya.
Apabila kita bernyanyi untuk meraikan segala sesuatu yang telah dilakukan Yesus dan terus dilakukan-Nya untuk kita, kita tidak bernyanyi secara bersendirian. Dalam Wahyu 5:12, malaikat-malaikat mengelilingi Yesus menyanyikan, "Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian."
Ribuan tahun yang lalu, Allah telah menunaikan janji-Nya dengan mengutuskan Anak-Nya, Yesus, untuk mati di tempat kita. Allah adalah taat dahulu dan tidak pernah berubah. Macam mana kelam-kabutnya kehidupan ini, Allah masihlah Allah dan Allah masihlah baik. Bagaimanakah pengetahuan bahawa Allah adalah baik dan berkuasa mengubah perspektif anda akan keadaan anda?

Perihal Pelan
![Salvation Rise](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1276%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc