Salvation RiseSampel
![Salvation Rise](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1276%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Defender (Pembela)
Dengar "Defender" dan baca teks berikut:
Memberikan kunci kereta kepada seorang pemandu baru adalah suatu tindakan kepercayaan. Anda menyerahkan hidup anda kepada orang itu, mempercayainya untuk membawa anda dengan selamat dari Lokasi A ke Lokasi B. Setiap pandangan ke arah radio atau pelarasan alat hawa dingin membuat anda memegang tempat duduk anda dengan lebih kuat. Dengan setiap kenderaan yang mendekati kereta anda, kaki anda akan menekan kuat pada brek khayalan di lantai kereta bahagian penumpang.
Mengikuti Yesus adalah keputusan untuk memberikan Allah kepercayaan kita, untuk menyerahkan kunci kepada-Nya berulang kali sehingga kita berasa selesa dengan pemanduan-Nya, sehinggakan kita tidak lagi berasa bimbang sama ada Dia menggunakan lampu isyarat ataupun menggunakan jalan yang betul.
Sampai ke keadaan di mana kita mempercayai Allah dengan segala sesuatu — hubungan, kerjaya, wang, dan masa depan kita — adalah suatu perjalanan sepanjang hayat. Ada kalanya, kita akan hilang sabar dan meminta-Nya untuk memusingkan kereta. Walau bagaimanapun, Allah tidak naik gelabah apabila kita tiba-tiba naik berang, kerana Dia tidak seperti sesiapa yang kita kenali.
Keluaran 34:6 menggambarkan Allah sebagai penuh dengan rahmat, belas kasihan, tidak cepat murka, dan Dia menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar. Allah tidak mengasihi kita berdasarkan apa yang telah kita lakukan atau apa yang kita tinggalkan apabila hubungan kita menjadi dingin. Dia berjuang untuk kita, menyelamatkan kita dan bersukacita kerana kita.
Allah wajar menerima kepercayaan kita. Adakah anda akan membenarkan-Nya untuk menunjukkan itu kepada anda langkah demi langkah?
Belajar mempercayai Allah adalah sukar, tetapi anda tidak perlu melakukannya sendiri. Layari newspring.cc/groups untuk menyertai Kumpulan NewSpring yang berdekatan dengan anda.

Perihal Pelan
![Salvation Rise](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1276%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc