Salvation RiseSampel

Salvation Rise

HARI 6 DARIPADA 10

At the Close of the Day (Pada Penghujung Hari)

Luangkan sedikit masa untuk bersendirian pada hari ini. Matikan telefon bimbit anda dan carilah tempat yang senyap untuk dengar "At The Close Of The Day." Semasa anda mendengar lagu ini, pertimbangkan soalan berikut:

• Apakah yang telah anda pelajari tentang Yesus setakat ini?
• Fikir tentang semua keadaan yang telah membawa anda kepada keputusan untuk mengikuti Yesus. Setiap perbualan, jemputan dan kebetulan adalah penjangkauan Allah terhadap anda. Pernahkah anda dikasihi seperti itu?
• Daripada apakah Yesus telah selamatkan anda? Haluan manakah yang ditujui kehidupan anda sebelum anda menemui-Nya? Ke manakah tujuan anda sekarang?
• Mengenangkan segala sesuatu yang telah anda baca dan dengar setakat ini, apakah langkah anda yang seterusnya dalam perjalanan anda bersama dengan Yesus?

Luangkan sedikit masa untuk bercakap dengan Allah. Ucapkan kesyukuran terhadap Allah atas apa yang telah dilakukan-Nya. Beritahu Dia tentang harapan dan ketakutan anda. Tanyalah apa yang Dia ingin anda lakukan seterusnya dan lakukan apa yang dikatakan-Nya.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Salvation Rise

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc