Lencongan: Pengajaran daripada YusufSampel

Detours: Lessons From Joseph

HARI 6 DARIPADA 6

Allah Berkuasa

Pemeliharaan Allah ialah salah satu perkara yang paling penting yang anda perlu tahu tentang pengalaman Kristian anda. Sudah tentunya hal yang terutama ialah injil. Anda perlu tahu bagaimana untuk mempercayai Yesus Kristus untuk nasib abadi anda melalui pengampunan dosa anda. 

Walau bagaimanapun, mengikuti kebenaran keselamatan, hal yang kedua penting yang mesti anda sedari akan kehidupan Kristian anda ialah konsep pemeliharaan Allah ini. Pemeliharaan Allah ialah tangan Allah dalam sarung tangan sejarah. 

1 Timotius 6:15 mengingatkan kita bahawa Allah ialah pemerintah segala sesuatu dan melaksanakan semua hal pada waktu yang tepat. Kita membaca, “…akan ditentukan pada waktu yang tepat oleh Allah sendiri. Dialah Penguasa Satu-satunya, Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”

Kedaulatan Allah bermaksud Dia ialah pemerintah, pengawal dan pemeliharan mutlak terhadap ciptaan-Nya. Dia ialah satu-satunya yang memberikan kata putus. Tiada apa-apa, langsung tiada apa-apa, terletak di luar kedaulatan Allah. Tiada peristiwa yang tidak tertakluk di bawah kedaulatan-Nya. Tiada peristiwa yang tidak tertakluk di bawah pemerintahan-Nya. Tiada situasi yang berlaku di luar ciptaan atau kebenaran-Nya. 

Bos anda tidak memberi kata putus. 

Pasangan anda tidak memberi kata putus. 

Ibu bapa anda tidak memberi kata putus. 

Kesihatan anda tidak memberi kata putus. 

Anda juga tidak memberi kata putus. 

Allah telah mencipta dunia ini dan segala sesuatu di dalamnya—dan Dia memerintah terhadap semuanya. Demikianlah kita mengetahui bahawa lencongan sentiasa berlaku demi kebaikan kita. 

 

Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang Kajian Alkitab Detours oleh Dr. Tony Evans, layari LifeWay.com/Detours.
 

Hari 5

Perihal Pelan

Detours: Lessons From Joseph

Dalam kajian kumpulan kecil ini, Dr. Tony Evans menggunakan iman, kehidupan dan kerjaya epik Yusuf untuk mengajar bahawa Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Seperti Yusuf, anak kecil yang diculik dan diperhambakan yang membesar untuk menyelamatkan sebuah empayar, halangan dan rintangan dalam hidup anda boleh memimpin anda kepada pencapaian yang besar. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah membenarkan lencongan dalam hidup anda kerana Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda. Dia mengambil berat tentang nasib anda!

More

Kami berterima kasih kepada LifeWay kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.lifeway.com/en/product-family/detours?vid=detours