Lencongan: Pengajaran daripada YusufSampel
Dimaksudkan untuk Nasib Anda
Dimaksudkan.
Perkataan ini (meant) boleh didefinisikan sebagai partisipel lampau "memaksudkan" (to mean) yang dikhususkan untuk tujuan dan destinasi yang tertentu. Anda mungkin pernah mendengar orang lain mengatakan sesuatu yang tidak harus diucapkan atau melakukan sesuatu yang kurang bijak, tetapi orang lain cuba menutupnya dengan, "baik maksudnya" (meant well). Hal yang dimaksudkan ialah walaupun orang itu mengatakan atau melakukan sesuatu yang menimbulkan kenyataan yang negatif, itu bukanlah niat mereka. Mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah keadaannya dengan saudara Yusuf semasa mereka menanggalkan jubahnya dan mencampakkannya ke dalam perigi yang kering. Tidak juga semasa mereka mengeluarkannya dan menjualnya dengan tamak kepada pedagang hamba yang menuju ke negeri asing.
Saudara Yusuf tidak bermaksud baik. Mereka berniat untuk mencederakannya. Mereka memaksudkan untuk merosakkan hidupnya. Mereka memaksudkan untuk menggulingkannya daripada kedudukan penting yang Yusuf percaya akan dicapainya kelak. Mereka memaksudkan untuk menyakitinya. Sebenarnya, jahat maksud mereka.
Tetapi Allah.
Dua perkataan itu merupakan perkataan yang berkuasa. Apabila anda membaca "tetapi Allah" dalam Alkitab, tumpukan perhatian. Biasanya hal yang menyusul seterusnya akan mengubah seluruh situasi itu. Terutamanya, jika "memaksudkan" ditambahkan selepas itu.
Tetapi Allah memaksudkan ….
Kejadian 50:20 menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh Allah dengan sesuatu yang dimaksudkan untuk mencederakan anda. Dia bukan sahaja dapat melindungi anda dalam situasi itu, malah Dia boleh mengangkat anda kerana situasi itu. Hal yang dimaksudkan untuk mencederakannya oleh saudaranya ialah hal yang digunakan oleh Allah untuk menggalakkannya ke nasibnya.
Kitab
Perihal Pelan
Dalam kajian kumpulan kecil ini, Dr. Tony Evans menggunakan iman, kehidupan dan kerjaya epik Yusuf untuk mengajar bahawa Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Seperti Yusuf, anak kecil yang diculik dan diperhambakan yang membesar untuk menyelamatkan sebuah empayar, halangan dan rintangan dalam hidup anda boleh memimpin anda kepada pencapaian yang besar. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah membenarkan lencongan dalam hidup anda kerana Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda. Dia mengambil berat tentang nasib anda!
More