Lencongan: Pengajaran daripada YusufSampel
Kesabaran dan Tujuan
Beberapa tahun lalu, saya dan isteri saya berceramah di Hawaii. Memandangkan kami tidak kerap pergi ke Hawaii, kami memutuskan untuk melanjutkan tempoh percutian kami untuk berehat dan bersantai di sana. Rancangan itu telah ditetapkan. Cuacanya baik. Saya menyudahkan ceramah saya dan kami bersedia untuk berehat.
Beberapa hari yang pertama adalah okey tetapi sesuatu yang tidak mungkin dilupakan berlaku. Sebelum saya menyedarinya, tiba-tiba saya diserang kesakitan yang tidak pernah dialami. Saya seorang lelaki dan jika anda mengenali saya, anda pasti mengetahui bahawa saya berbangga kerana saya ialah "lelaki kerajaan." Walau bagaimanapun, pada ketika itu, lelaki kerajaan pun melolong kesakitan. Tiba-tiba saya berbelas kasihan terhadap kaum wanita yang pernah melahirkan anak. Kesakitan itu tidak tertanggung sehinggakan saya tidak dapat bercakap dan saya rasa mahu pengsan.
Lois segera mengatur pengangkutan, dan kami pergi ke hospital yang terdekat. Jangan salah faham, saya bersyukur akan hospital. Saya bersyukur akan doktor. Saya juga menghargai kenyataan bahawa mereka perlu mengumpulkan semua maklumat yang betul sebelum merawat saya. Saya tidak mahu mereka untuk melakukan kesilapan, maka, saya memahami bahawa proses adalah penting. Walau bagaimanapun, apabila anda dikuasai kesakitan yang tidak tertahan, mengisi borang atau menunggu sehingga dipanggil ialah perkara terakhir yang ingin dilakukan. Beberapa minit rasanya seperti satu milenium. Jika anda pernah pergi ke bilik kecemasan, anda tahu apa yang saya maksudkan.
Menunggu tidaklah menyeronokkan semasa anda rasa sakit. Sebenarnya, menunggu tidaklah menyeronokkan pada bila-bila masa. Betul. Kita hilang sabar semasa berbaris panjang di kedai. Kita mengeluh semasa kesesakan lalu lintas yang melambatkan perjalanan kita. Kita mahu makanan kita sejurus selepas kita memesannya. Negara kami pastilah tempat tinggal orang yang bebas dan orang yang berani, tetapi ia bukanlah wadah tumpuan kesabaran.
Namun, kesabaran ialah sifat baik yang kita perlukan. Maka, apabila Allah menempatkan anda atau saya di lencongan yang kelihatan memakan masa yang terlalu panjang—terutamanya apabila penantian itu melibatkan kesakitan—kesabaran, bila diamalkan secara betul, dapat mempercepatkan perjalanan kepada tujuan anda.
Perihal Pelan
Dalam kajian kumpulan kecil ini, Dr. Tony Evans menggunakan iman, kehidupan dan kerjaya epik Yusuf untuk mengajar bahawa Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Seperti Yusuf, anak kecil yang diculik dan diperhambakan yang membesar untuk menyelamatkan sebuah empayar, halangan dan rintangan dalam hidup anda boleh memimpin anda kepada pencapaian yang besar. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah membenarkan lencongan dalam hidup anda kerana Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda. Dia mengambil berat tentang nasib anda!
More