Lencongan: Pengajaran daripada YusufSampel
Gangguan Positif
Lencongan merupakan perubahan jalan yang tidak dirancang, dan kerapnya tidak dijangka, dari jalan asal kita.
Semasa kita menaiki kenderaan kita, kita berbuat demikian dengan memikirkan satu destinasi tertentu. Kita merancang untuk ke suatu tempat. Biasanya, kita mengetahui jalan ke destinasi kita, lebuh raya yang harus diambil—termasuk lorong yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi kita.
Sekiranya kita tidak mengetahui jalannya, kita boleh memasukkan alamat destinasi ke dalam aplikasi telefon pintar kita dan bergantung pada suara berautomat untuk mengarahkan jalannya.
Sama ada kita mengikuti peta mental kita atau peta dalam telefon kita, ada kalanya kita mengambil jalan lencong—sesetengah jalan mati yang memerlukan kita untuk membuat pusingan U atau melalui jalan yang tidak diduga.
Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya suka sampai ke destinasi saya tanpa mengambil jalan lencong. Apabila saya membuat perjalanan jauh dengan keluarga saya, saya tidak berhenti untuk perkara biasa seperti makanan dan hentian rehat ke tandas, melainkan keluarga saya berkeras, jadi anda dapat bayangkan perasaan saya tentang lencongan. Ia tidaklah baik. Saya mengeluh. Saya merintih. Saya tertanya-tanya mengapa ini berlaku kepada saya sekarang ini.
Pernahkah anda melakukan sesuatu yang sama? Anda boleh mengakuinya juga.
Tidak banyak antara kita yang suka ditangguh kerana apa-apa sebab, walaupun kereta yang memotong jalan kita dan memaksa kita untuk memperlahankan kereta. Walau bagaimanapun, lencongan adalah perlu jika penambahbaikan perlu dibuat untuk jalan kita atau jika keremukan perlu dibersihkan atau ada bahaya yang perlu dielakkan. Lencongan direka bentuk untuk kebaikan kita, walau apa pun pandangan atau perasaan kita tentangnya.
Lencongan adalah perkara yang baik tetapi kerap dipandang sebagai sesuatu yang buruk.
Lencongan kudus dalam hidup kita jugalah gangguan yang positif untuk mengubah haluan kita ke jalan yang lebih baik supaya kita berpeluang tiba ke destinasi kita dengan baik. Apatah lagi, lencongan kerap memberikan perkembangan yang kita perlukan demi mencapai nasib kita. Cara kita memandang lencongan kita sering menentukan betapa bergunanya lencongan itu, oleh itu, kita akan menghabiskan beberapa hari seterusnya untuk meneliti tujuan, kuasa dan penyempurnaan lencongan yang digunakan oleh Allah dan yang dibenarkan-Nya dalam hidup kita.
Kitab
Perihal Pelan
Dalam kajian kumpulan kecil ini, Dr. Tony Evans menggunakan iman, kehidupan dan kerjaya epik Yusuf untuk mengajar bahawa Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Seperti Yusuf, anak kecil yang diculik dan diperhambakan yang membesar untuk menyelamatkan sebuah empayar, halangan dan rintangan dalam hidup anda boleh memimpin anda kepada pencapaian yang besar. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah membenarkan lencongan dalam hidup anda kerana Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda. Dia mengambil berat tentang nasib anda!
More