Lencongan: Pengajaran daripada YusufSampel
Pengampunan dan Tidak Memberi Maaf
Tidak memberi maaf. Kepahitan. Kebencian. Kesesalan. Menderita kerana kehilangan lalu. Semua perkara ini, dan perkara lain yang serupa, menghalang kita daripada mencapai nasib kita. Semua ini menjerat kita dalam lencongan untuk tempoh yang terlalu lama. Semua ini membebani kita, menyebabkan bahu kita bongkok dan hilangnya senyuman.
Terlalu banyak orang gagal sampai ke destinasi mereka kerana mereka masih dibebani masa silam yang menyeksakan. Beban semalam terus membebani mereka hari ini, menghalang mereka daripada bergerak dengan bebas ke hari seterusnya.
Tiada apa-apa, maksud saya langsung tiada apa-apa, akan menghalang anda daripada mencapai nasib anda seperti tidak memberi maaf. Tidak memberi maaf termasuk berpaut pada penderitaan lalu, luka lalu, dendam lalu—beratnya kesesalan, rasa bersalah dan membalas dendam. Tidak memberi maaf ialah satu perkara utama yang akan menghalang pergerakan Allah dalam hidup anda yang membawa anda dari kedudukan sekarang ini ke tempat yang harus ditujui.
Apabila anda berpaut pada beban semalam, ia akan menghalang kemajuan esok.
Tidak memberi maaf merupakan lingkungan penting yang mesti ditangani jika anda ingin mencapai destinasi anda.
Jika ada orang yang berhak menjadi marah, pahit, dan berdendam, Yusuflah orang itu. Walau bagaimanapun, Yusuf memilih jalan yang lain. Yusuf memilih pendekatan yang lain. Yusuf memilih perspektif yang lain.
Jika anda dan saya ingin dibebaskan daripada tidak memberi maaf, perspektif Yusuf terhadap pengampunan mesti dijadikan perspektif kita.
Perihal Pelan
Dalam kajian kumpulan kecil ini, Dr. Tony Evans menggunakan iman, kehidupan dan kerjaya epik Yusuf untuk mengajar bahawa Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Seperti Yusuf, anak kecil yang diculik dan diperhambakan yang membesar untuk menyelamatkan sebuah empayar, halangan dan rintangan dalam hidup anda boleh memimpin anda kepada pencapaian yang besar. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah membenarkan lencongan dalam hidup anda kerana Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda. Dia mengambil berat tentang nasib anda!
More