Lencongan: Pengajaran daripada YusufSampel

Detours: Lessons From Joseph

HARI 2 DARIPADA 6

Sedang Dibina

Sebahagian daripada peranan saya sebagai seorang pastor ialah menjadi mentor dan memberikan kaunseling. Dengan gereja yang agak besar, anda dapat bayangkan bilangan panggilan telefon yang saya terima. Terus-terang, saya menikmati aspek tugas pastor ini. Tidak lama sebelum ini, seorang lelaki dari gereja datang ke rumah saya untuk menemui saya. Dia menghadapi waktu yang sukar.

Semasa dia duduk dengan kepala tertunduk di bilik tamu saya, dia mengangkat kepalanya dan bertentang mata dengan saya lalu berkata, "Pastor, saya rasa seolah-olah lencongan saya telah menemui lencongan yang lain dan berkahwin serta menghasilkan bayi lencongan." Dengan kata lain, dia rasa seolah-olah dia menghadapi lencongan yang tidak habis-habis dan lencongan itu asyik bertambah dan berganda, bukannya membawa dia ke mana-mana yang bermakna. 

Memanglah mudah untuk rasa demikian apabila Allah sedang membawa anda ke nasib anda. Ini disebabkan sebelum anda sampai ke tempat yang diinginkan oleh Allah, Dia perlu membawa anda melalui lencongan dan pusingan. Dalam hidup ini, seperti jalan, lencongan wujud kerana pembinaan sedang berlaku. Apabila anda mengambil lebuh raya dan menemui lencongan, biasanya ia disebabkan pekerja sedang membaiki, membina, membetulkan atau memperbaik sesuatu. 

Demikian juga, Allah akan membawa kita untuk mengambil jalan lencong kerana Dia sedang membina sesuatu dalam hidup kita. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Detours: Lessons From Joseph

Dalam kajian kumpulan kecil ini, Dr. Tony Evans menggunakan iman, kehidupan dan kerjaya epik Yusuf untuk mengajar bahawa Allah lebih berminat dalam perkembangan anda berbanding dengan ketibaan anda. Seperti Yusuf, anak kecil yang diculik dan diperhambakan yang membesar untuk menyelamatkan sebuah empayar, halangan dan rintangan dalam hidup anda boleh memimpin anda kepada pencapaian yang besar. Sesungguhnya, lencongan adalah menyusahkan. Ia membawa anda melencong jauh. Ia memakan masa yang lebih lama daripada jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia adalah perlu. Allah membenarkan lencongan dalam hidup anda kerana Dia lebih mengambil berat tentang watak anda daripada keselesaan anda, kesucian anda lebih daripada produktiviti anda. Dia mengambil berat tentang nasib anda!

More

Kami berterima kasih kepada LifeWay kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.lifeway.com/en/product-family/detours?vid=detours