Salib & MahkotaSampel

Cross & Crown

HARI 7 DARIPADA 7

Mengatasi Hal yang Tidak Dapat Diatasi

Yesus memberitahu murid-murid-Nya bahawa Dia akan bangkit daripada kematian. Dengan berbuat demikian—dengan mengatasi hal yang tidak dapat diatasi—Dia bukan sahaja membuktikan kebenaran pernyataan itu malah mengesahkan segala sesuatu yang pernah dikatakan-Nya. Kebangkitan telah memperoleh dan patut menerima kepercayaan kita terhadap segala sesuatu yang pernah didakwa, dijanjikan, diingatkan, dan diramalkan oleh Kristus.

Disebabkan Yesus hidup, kita mempunyai kepastian yang menakjubkan bahawa Allah kita terlibat secara aktif dalam kehidupan kita. Sebenarnya, kita melihat bukti bahawa Dia hidup melalui kita. Kita berdoa dan Allah menjawab; kita melihat Dia bekerja dalam hati orang dan mengubah kehidupan; kita memohon Dia untuk menyucikan kita daripada dosa kita, dan kita diampunkan—rasa bersalah dilenyapkan, dan kita mengalami persekutuan yang telah dipulihkan dengan Bapa kita secara mendalam. Mengapa? Kerana Dia benar. Apabila sesuatu hal itu adalah benar, anda tidak perlu berasa bimbang tentang mempertahankannya. Anda cuma perlu menjalankan kehidupan, mempercayai Allah, dan Dia akan menguruskan hasilnya.

Disebabkan Yesus telah mati di tempat kita dan bangkit semula, kita ialah anak Allah yang diampunkan—dan apa yang telah dilakukan-Nya untuk kita tidak boleh dibatalkan. Yohanes 10:28-30 berjanji, "Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka [domba] tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. Bapa dan Aku satu." Adakah anda mendengar ketetapan dan jaminan janji tersebut? Tiada seorang pun—tidak pun anda—boleh merampas anda daripada tangan Bapa sesudah anda menjadi milik-Nya.

Yohanes 3:16 juga berjanji, "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal"—habis perkara. Allah tidak berkata "kecuali" ataupun "jika." Dia berkata "hidup sejati dan kekal." Itu bermaksud selama-lamanya, tidak boleh ditarik balik, 100 peratus pasti. Dia juga memberikannya kepada sesiapa sahaja yang akan percaya. Disebabkan Yesus telah bangkit daripada kematian, kita boleh bergerak maju dengan keyakinan bahawa jika kita mempercayai Dia sebagai Penyelamat, kita akan hidup dan memerintah bersama-Nya selama-lamanya.

Semoga Penyelamat kita yang telah bangkit mengingatkan anda hari ini dan setiap hari tentang kepastian salib dan kebangkitan-Nya, dan semoga Dia mendorong hati anda secara mendalam, berkelimpahan, dan dengan sukacita yang tidak berkesudahan.


Doa Penutup

Bapa syurgawi, terima kasih atas hadiah Anak-Mu dan atas hidup kekal yang telah dibeli-Nya di tempat saya di Kalvari. Jika saya berasa ragu-ragu tentang kasih-Mu terhadap saya, tolonglah saya untuk mengingati bahawa Engkau tidak menahan apa-apa—termasuk Yesus—untuk membuka jalan supaya saya boleh bersama-Mu selama-lamanya. Tolonglah saya untuk hidup dalam terang injil, mati terhadap dosa dan dibangkitkan kepada kehidupan baru dengan Kristus. Dan dengan kehidupan baru itu, gunalah saya sebagai duta-Mu untuk berkongsi berita baik keselamatan dengan orang lain. Amin.

Klik di sini untuk memuat turun salinan Cross & Crown yang diperluas untuk telefon, tablet, atau pembaca elektronik anda.

Hari 6

Perihal Pelan

Cross & Crown

Sebahagian besar daripada Perjanjian Baru ditulis supaya kita akan mengenali Yesus Kristus, keselamatan yang diperoleh melalui kematian-Nya di salib, dan janji kebangkitan-Nya. Dalam renungan ini, Dr. Charles Stanley merenungkan darah Yesus yang berharga, kebangkitan, dan hadiah hidup sejati dan kekal yang diperoleh bagi pihak anda. Sertainya dalam mengingati upah yang dibayar oleh Yesus dan raikan kedalaman kasih Bapa yang besar.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://intouch.cc/yv-easter