Salib & MahkotaSampel
Pengudusan & Kebebasan Menghampiri Allah
Pada waktu keselamatan, Yesus telah menguduskan anda dengan darah-Nya (Ibr 13:12). Ini bermaksud anda dikuduskan sebagai anak Allah untuk hidup demi-Nya bermula dari waktu itu. Cara terbaik untuk menggambarkan pengudusan adalah membandingkannya dengan tempoh yang bermula pada akhir sesuatu peristiwa. Anda telah diselamatkan, ditebus, dibenarkan, diperdamaikan, dan dikuduskan, habis perkara. Walau bagaimanapun, tempoh ini tidak berakhir. Ia berubah menjadi satu tempoh yang berterusan sepanjang hayat anda.
Pengudusan adalah proses yang digunakan oleh Tuhan untuk mengubah anak-anak-Nya secara berterusan kepada gambar dan rupa Yesus Kristus. Seluruh kehidupan Kristian terletak dalam tempoh tersebut; tempoh ini berpanjangan semasa kita bertumbuh dalam kesalihan, ketaatan, dan pemahaman. Keselamatan bukanlah takat akhir tetapi permulaan tujuan Allah untuk orang percaya. Matlamat-Nya adalah memperbaharui setiap lingkungan kehidupan kita agar kita boleh menjadi hamba berharga-Nya dan duta Kristus kepada dunia yang sesat.
Proses ini akan berterusan sepanjang hayat kerana Roh Kudus diam dalam setiap orang percaya, memimpin dan memperkasakan setiap seorang untuk bergerak maju. Dia tidak akan meninggalkan kita—sentiasa adanya satu lagi langkah untuk diambil dalam kemajuan kita ke arah keserupaan dengan Kristus dan pelayanan yang berbuah terhadap Tuhan.
Kunci bagi kemajuan itu adalah kebebasan penuh untuk masuk ke Bilik Maha Suci melalui darah Yesus (Ibr 10:19-22). Dalam Perjanjian Lama, Bilik Maha Suci merupakan bahagian paling dalam khemah suci atau rumah Tuhan yang menjadi tempat kediaman Allah di atas tabut perjanjian. Imam Agung sahaja dibenarkan untuk memasuki tempat maha suci ini, dan ia hanya dibenarkan untuk berbuat demikian sekali setahun untuk mempersembahkan penebusan untuk dirinya dan negerinya. Sesudah menyiapkan diri secara teliti dengan adat suci, ia akan masuk dengan darah binatang untuk merenjis meja persembahan.
Sekarang ini, satu-satunya sebab orang Kristian boleh mendekati Allah adalah, dari segi rohani, mereka telah ditutupi darah Yesus. Apabila Yesus mempersembahkan hidup-Nya sebagai korban untuk dosa dunia ini, tirai rumah Tuhan—yang memisahkan Allah daripada umat—koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Peristiwa luar biasa ini menandakan penerimaan Bapa akan korban Kristus, yang membuka jalan bagi hadirat-Nya.
Disebabkan kita tidak pernah mengambil bahagian dalam sistem korban Perjanjian Lama, kita biasanya mengandaikan kebebasan kita untuk menghampiri Allah. Kini kita tidak perlu mengorbankan anak domba apabila kita mahu menghampiri Allah. Setiap kali kita mendekati takhta Bapa dalam doa, Yesus seolah-olah memandang kita dan berkata, "Dia milik Kita … darah telah dikenakan."
Perihal Pelan
Sebahagian besar daripada Perjanjian Baru ditulis supaya kita akan mengenali Yesus Kristus, keselamatan yang diperoleh melalui kematian-Nya di salib, dan janji kebangkitan-Nya. Dalam renungan ini, Dr. Charles Stanley merenungkan darah Yesus yang berharga, kebangkitan, dan hadiah hidup sejati dan kekal yang diperoleh bagi pihak anda. Sertainya dalam mengingati upah yang dibayar oleh Yesus dan raikan kedalaman kasih Bapa yang besar.
More