Mengatasi Keinginan untuk Membunuh Diri dan Mencederakan Diri SendiriSampel
Anda Ini Tempatnya Di Kalangan Komuniti
Siapakah dalam kehidupan anda yang meningkatkan kehidupan anda, mendorong anda, dan mencabar anda untuk mencari Allah dengan setia? Siapakah yang mengetahui tentang pergelutan anda dan berada di sisi anda dalam saat-saat anda memerlukan pertolongan, bila-bila masa?
Allah tidak mencipta anda untuk menjalankan kehidupan bersendirian. Dia telah mencipta anda untuk dikelilingi pengikut Kristus yang lain untuk membina anda, berdoa untuk anda, dan menyokong anda apabila anda tidak dapat meneruskan perjalanan anda. Jika anda tidak memiliki hubungan seperti ini dalam kehidupan anda, anda rugi!
Alkitab memberitahu kita bahawa apabila dua atau tiga orang berkumpul dalam nama Yesus, Allah pun di situ bersama-sama mereka. Kitab Pengkhutbah menyatakan, berdua lebih baik daripada seorang diri kerana jika seorang jatuh, yang seorang lagi dapat menolongnya. Sebagaimana tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan, sekumpulan orang percaya yang berdiri bersama demi satu sama lain adalah kuat dan bersepakat.
Jika anda membaca ini dan menyedari bahawa anda tidak memiliki komuniti seperti ini dalam kehidupan anda, ketahuilah bahawa kami sedia membantu! Sertai kami untuk kebaktian gereja dalam talian di Church Online atau hantar permohonan doa kepada pasukan kami di sini. Kami ingin membantu anda meneruskan perjalanan ke arah pemulihan dan penyembuhan ini. Anda boleh menjadi sebahagian daripada komuniti kami!
Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana Engkau telah mencipta saya untuk wujud dalam komuniti orang yang mengasihi dan mendorong saya. Saya sedar bahawa saya tidak dapat menjalankan kehidupan bersendirian, dan saya meminta agar Engkau menolong saya supaya berani menjangkau orang lain untuk menerima bantuan dan bimbingan. Saya mempercayai bahawa Engkau akan membawa orang yang sesuai ke dalam kehidupan saya untuk membantu saya bertambah dekat dengan-Mu setiap hari. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Bertindaklah Sekarang
Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)
Lebih banyak sumber pencegahan bunuh diri tersedia di life.church/findhope
Sertai kami di Church Online dan klik butang Live Prayer untuk berbual dan berdoa bersama seseorang yang mengambil berat, atau memohon untuk didoakan oleh Life.Church di sini.
Bagi golongan yang menetap di luar Amerika Syarikat, dapatkan sumber di kawasan anda di sini.
Perihal Pelan
Jika anda berasa putus asa, ataupun anda mencederakan diri sendiri ataupun berfikir tentang membunuh diri, anda perlu tahu ada Allah yang mengasihi anda, mempunyai tujuan untuk anda, dan menyertai anda sekarang ini. Pelan Alkitab Life.Church selama enam hari ini akan membantu anda memahami apa yang Allah kata tentang anda dan memperkasakan perjalanan penyembuhan anda. ***Jika anda menghadapi sebarang kecemasan, hubungi seseorang. Sumber bahan dimasukkan dalam renungan setiap hari.
More