Mengatasi Keinginan untuk Membunuh Diri dan Mencederakan Diri SendiriSampel
Anda Dikasihi
Pernahkah anda rasa tidak mudah disayangi, seolah-olah tiada orang yang mungkin betul-betul mengasihi anda yang sebenarnya?
Sebenarnya, anda dikasihi tanpa syarat oleh Allah yang telah mencipta anda. Walau berapa banyak kesilapan yang telah anda buat, atau betapa kuatnya anda rasa anda tidak layak dikasihi, Allah akan sentiasa memanggil anda anak-Nya.
Allah bukan sahaja mengasihi kita sebagai suatu tindakan. Dia sebenarnya ialah intipati kasih, yang Alkitab katakan boleh kita kenali dan dijadikan sandaran. Kasih ini yang diberikan secara sukarela oleh Allah kepada anda? Anda tidak mungkin dipisahkan daripadanya. Kematian, kehidupan, masa sekarang, masa depan—tiada antaranya yang cukup berkuasa untuk memisahkan anda daripada kasih Allah.
Walau bagaimanapun, Allah tidak mengatakan Dia mengasihi kita sahaja. Dia membuktikannya dengan mengutus anak tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk mati sebagai bayaran semua dosa bangsa manusia. Yesus tidak kekal mati—Dia telah bangkit daripada kematian secara luar biasa, mengalahkan kematian selama-lamanya dan menyediakan jalan untuk anda berhubungan dengan-Nya sepanjang hayat anda dan selama-lamanya. Anda hanya perlu menerima hadiah kasih-Nya yang percuma ini dan menyatakan kesanggupan anda untuk mengikut-Nya. Anda dikasihi!
Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana Engkau bukan sahaja mengasihi saya, malah menjadi penentuan kasih. Walaupun ketika saya rasa tidak layak menerima kasih sayang orang lain, Engkau tetap mengasihi saya, dan tiada apa-apa yang dapat mengubah itu! Hari ini, saya menerima hadiah kasih percuma ini yang Engkau berikan melalui anak-Mu Yesus dan saya memohon agar Engkau memberikan saya satu permulaan baru dalam kehidupan saya. Saya menyerahkan seluruh hidup saya kepada-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Bertindaklah Sekarang
Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)
Lebih banyak sumber pencegahan bunuh diri tersedia di life.church/findhope
Sertai kami di Church Online dan klik butang Live Prayer untuk berbual dan berdoa bersama seseorang yang mengambil berat, atau memohon untuk didoakan oleh Life.Church di sini.
Bagi golongan yang menetap di luar Amerika Syarikat, dapatkan sumber di kawasan anda di sini.
Perihal Pelan
Jika anda berasa putus asa, ataupun anda mencederakan diri sendiri ataupun berfikir tentang membunuh diri, anda perlu tahu ada Allah yang mengasihi anda, mempunyai tujuan untuk anda, dan menyertai anda sekarang ini. Pelan Alkitab Life.Church selama enam hari ini akan membantu anda memahami apa yang Allah kata tentang anda dan memperkasakan perjalanan penyembuhan anda. ***Jika anda menghadapi sebarang kecemasan, hubungi seseorang. Sumber bahan dimasukkan dalam renungan setiap hari.
More