Mengatasi Keinginan untuk Membunuh Diri dan Mencederakan Diri SendiriSampel
Anda Dihargai
Pernahkah anda rasa anda tidak berguna? Seolah-olah anda ialah barang-barang yang rosak?
Alkitab sangat jelas tentang betapa bernilainya anda di mata Allah. Walau apa pun yang anda beritahu diri sendiri pada waktu yang paling teruk, kebenarannya adalah Allah telah mencipta anda sebagai karya agung-Nya yang sempurna.
Di mata Allah, anda telah dicipta dengan baik dan luar biasa. Dia telah merangkaikan anda dengan teliti di dalam rahim ibu anda, dan Dia telah mencipta anda menurut gambaran-Nya. Dia mengasihi anda seperti anak-Nya sendiri, malah mengetahui bilangan rambut di kepala anda!
Yesus memberitahu kita bahawa tidak seekor pun burung jatuh ke tanah tanpa persetujuan dan jagaan Allah. Jika Dia begitu mengambil berat tentang burung, dapatkah anda bayangkan betapa banyaknya Dia mengetahui tentang anda dan mengambil berat tentang anda, ciptaan agung-Nya yang sempurna? Anda dihargai!
Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana mencipta saya dalam gambaran-Mu. Tolonglah saya untuk sentiasa mengingati bahawa saya telah dicipta dengan baik dan luar biasa dan bahawa saya amat dihargai di mata-Mu. Apabila saya mula berfikir bahawa saya tidak berguna atau membazirkan ruang sahaja, ingatkan saya tentang kebenarannya—bahawa saya ialah ciptaan-Mu yang sempurna. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Bertindaklah Sekarang
Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)
Lebih banyak sumber pencegahan bunuh diri tersedia di life.church/findhope
Sertai kami di Church Online dan klik butang Live Prayer untuk berbual dan berdoa bersama seseorang yang mengambil berat, atau memohon untuk didoakan oleh Life.Church di sini.
Bagi golongan yang menetap di luar Amerika Syarikat, dapatkan sumber di kawasan anda di sini.
Perihal Pelan
Jika anda berasa putus asa, ataupun anda mencederakan diri sendiri ataupun berfikir tentang membunuh diri, anda perlu tahu ada Allah yang mengasihi anda, mempunyai tujuan untuk anda, dan menyertai anda sekarang ini. Pelan Alkitab Life.Church selama enam hari ini akan membantu anda memahami apa yang Allah kata tentang anda dan memperkasakan perjalanan penyembuhan anda. ***Jika anda menghadapi sebarang kecemasan, hubungi seseorang. Sumber bahan dimasukkan dalam renungan setiap hari.
More