Mengatasi Keinginan untuk Membunuh Diri dan Mencederakan Diri SendiriSampel
Kehidupan Anda Mempunyai Tujuan
Adakah anda berasa bimbang tentang masa depan? Adakah anda menghabiskan masa yang banyak tertanya-tanya sama ada keadaan akan bertambah baik, ataupun sama ada kehidupan akan terus sukar seperti sekarang?
Meskipun ketika kehidupan kelihatan suram atau anda rasa anda ialah kegagalan yang terbesar, Allah masih mempunyai tujuan yang menakjubkan untuk hidup anda.
Alkitab memberitahu kita bahawa Allah tidak mencipta kita untuk menjadi mangsa atau untuk menderita, tetapi untuk melakukan perbuatan baik dan untuk menjadi makmur. Ini tidak bermaksud bahawa kehidupan akan sentiasanya senang atau keadaan akan sentiasa menurut kehendak anda; ini bermaksud walaupun semasa waktu yang sukar, Allah mempunyai rancangan yang lebih besar dan sedang menguruskan segala sesuatu demi kebaikan anda.
Anda mungkin berfikir, "Tapi bagaimana Dia mungkin menukar kesengsaraan saya menjadi sesuatu yang baik?" Barangkali anda berupaya membantu orang lain menempuh situasi yang sama dengan anda ini kelak. Barangkali Allah mahu anda bergantung sepenuhnya pada-Nya pada waktu ini dalam cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Walau apa pun sebab-Nya, anda boleh tetap yakin bahawa rancangan Allah adalah sentiasa lebih besar daripada rancangan anda dan jika anda membenarkan-Nya, Dia akan menggunakan bakat, semangat, dan beban anda untuk mengubah dunia ini. Anda ditakdirkan untuk kebesaran!
Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana Engkau telah mencipta saya dengan tujuan yang kudus. Engkau tahu panggilan saya dari mula-mula lagi, dan saya bersyukur kepada-Mu bahawa hari saya yang paling sukar jugalah sebahagian daripada rancangan-Mu untuk saya. Tolonglah saya untuk mengingati janji-Mu dalam Alkitab: Engkau akan menopang saya melalui musim hidup ini ke arah sesuatu yang hebat, dan bahawa masa depan saya dipenuhi harapan. Saya mempercayai-Mu dengan kehidupan saya, Allah, dan berdoa agar Engkau menggunakan kehidupan saya untuk mencapai sesuatu yang luar besar demi-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Bertindaklah Sekarang
Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)
Lebih banyak sumber pencegahan bunuh diri tersedia di life.church/findhope
Sertai kami di Church Online dan klik butang Live Prayer untuk berbual dan berdoa bersama seseorang yang mengambil berat, atau memohon untuk didoakan oleh Life.Church di sini.
Bagi golongan yang menetap di luar Amerika Syarikat, dapatkan sumber di kawasan anda di sini.
Perihal Pelan
Jika anda berasa putus asa, ataupun anda mencederakan diri sendiri ataupun berfikir tentang membunuh diri, anda perlu tahu ada Allah yang mengasihi anda, mempunyai tujuan untuk anda, dan menyertai anda sekarang ini. Pelan Alkitab Life.Church selama enam hari ini akan membantu anda memahami apa yang Allah kata tentang anda dan memperkasakan perjalanan penyembuhan anda. ***Jika anda menghadapi sebarang kecemasan, hubungi seseorang. Sumber bahan dimasukkan dalam renungan setiap hari.
More