Mengatasi Keinginan untuk Membunuh Diri dan Mencederakan Diri SendiriSampel

Overcoming Thoughts of Suicide and Self-Harm

HARI 1 DARIPADA 6

Anda Tidak Bersendirian

Adakah anda rasa bersendirian sekali-sekala? Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada orang lain mengambil peduli tentang apa yang sedang anda hadapi?

Apabila anda rasa seolah-olah anda bersendirian sahaja, ketahuilah bahawa Allah sentiasa menyertai anda—pada waktu ini juga. Di tengah-tengah kemenangan anda yang paling cemerlang dan di tengah-tengah teriakan meminta pertolongan anda yang paling kelam, Dia sentiasa menyertai anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. 

Sebenarnya, Alkitab memberitahu kita bahawa kita tidak mungkin dapat menjauhkan diri daripada Allah atau lari dari hadirat-Nya. Walau berapa kali pun anda membuat kesilapan, berapa kali kawan anda meninggalkan anda, atau betapa tidak berupayanya anda kadang-kadang dalam kehidupan ini, Allah sentiasa menyelubungi anda.

Dia berkata kepada anda hari ini, "Aku menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi." Dia mendorong anda, "Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu." Dia berjanji, "Aku akan menguatkan dan menolong kamu." Anda tidak bersendirian!

Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana Engkau berjanji untuk menyertai saya walau apa pun yang sedang saya hadapi. Saya memerlukan bantuan-Mu untuk menjadi kuat dan mantap. Berilah saya kedamaian dan penghiburan yang hanya dapat dibawa oleh hadirat-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.

Bertindaklah Sekarang

Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)

Lebih banyak sumber pencegahan bunuh diri tersedia di life.church/findhope

Sertai kami di Church Online dan klik butang Live Prayer untuk berbual dan berdoa bersama seseorang yang mengambil berat, atau memohon untuk didoakan oleh Life.Church di sini.

Bagi golongan yang menetap di luar Amerika Syarikat, dapatkan sumber di kawasan anda di sini.

Hari 2

Perihal Pelan

Overcoming Thoughts of Suicide and Self-Harm

Jika anda berasa putus asa, ataupun anda mencederakan diri sendiri ataupun berfikir tentang membunuh diri, anda perlu tahu ada Allah yang mengasihi anda, mempunyai tujuan untuk anda, dan menyertai anda sekarang ini. Pelan Alkitab Life.Church selama enam hari ini akan membantu anda memahami apa yang Allah kata tentang anda dan memperkasakan perjalanan penyembuhan anda. ***Jika anda menghadapi sebarang kecemasan, hubungi seseorang. Sumber bahan dimasukkan dalam renungan setiap hari.

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church