Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup AndaSampel

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

HARI 5 DARIPADA 5

Kasih kurnia untuk Semua

Setelah kita menerima kasih kurnia, cara kita memandang orang lain berubah.

Daripada melihat orang sebagai musuh, kita dapat melihat mereka sebagai orang yang memerlukan kasih kurnia. Daripada menuntut kesempurnaan daripada orang sekeliling, kita dapat mengasihi mereka melalui kegagalan dan kelemahan mereka. Daripada merasa diri lebih baik, kita dapat menyedari bahawa satu-satunya perbezaan antara kita dan mereka adalah kasih kurnia Tuhan.

Kita tidak boleh berdiam diri tentang kasih kurnia Tuhan.

Kita dikelilingi oleh orang-orang yang mencari kasih, harapan, sukacita, dan damai dalam segala hal kecuali Yesus.

Charles Spurgeon, yang dikenali sebagai "Putera Para Pengkhotbah", pernah berkata, "Tabib Agung [Tuhan] telah mempercayakan anda dengan ubat yang menyembuhkan orang sakit. Anda melihat mereka mati di sekitar anda, tetapi anda tidak pernah menyebut tentang penawar itu!"

Hakikatnya, dunia di sekeliling kita sedang binasa tanpa Yesus. Oleh kerana kita telah berdamai dengan Tuhan melalui Yesus, kita tahu di mana keselamatan itu boleh dijumpai. Tuhan telah memberikan kita pesan keselamatan, dan kita diamanahkan untuk menyampaikannya kepada orang lain.

"Semuanya datang daripada Tuhan, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu." (2 Korintus 5:18).

Injil adalah berita terbaik yang pernah didengar sesiapa pun. Ia adalah pesan Tuhan kepada dunia, dan Dia mengamanahkannya kepada kita, anak-anak-Nya.

Rakan sekerja anda perlu mendengar pesan ini.

Jiran anda perlu mendengar pesan ini.

Rakan sekelas anda perlu mendengar pesan ini.

Keluarga anda perlu mendengar pesan ini.

Semua orang perlu mendengar pesan ini.

Mulakan dengan berkongsi kisah kasih kurnia anda. Bagaimana anda berubah daripada tersesat kepada dijumpai? Berkongsi tentang iman anda kepada Yesus mungkin menakutkan, tetapi ia berbaloi. Yesus menanggung penghinaan, ejekan, kritikan, penolakan, dan lebih lagi, demi kita. Adakah anda sanggup menanggung hal yang sama demi Dia?

Mohon kepada Tuhan untuk memberi keberanian kepada anda. Mohon agar Dia membantu anda melihat orang lain dan mendengar cerita mereka. Berkongsi iman anda adalah tentang mendengar dan mengasihi seperti Yesus, bukan hanya mengatakan semua perkara yang "benar."

Kebanyakan orang tidak mengenali Yesus kerana tiada siapa yang pernah menunjukkan atau memberitahu mereka tentang kasih kurnia Tuhan. Hari ini boleh menjadi hari di mana semua itu berubah.

Langkah Seterusnya

Kita masing-masing ada cerita.

Cerita tentang bagaimana kita tersentuh dengan kasih kurnia Tuhan. Dunia perlu mendengar cerita kita. Itulah sebabnya, dalam tiga tahun ke depan, Pulse Evangelism akan pergi ke seluruh dunia untuk mendapatkan ribuan cerita kasih kurnia.

Orang memerlukan pesan yang telah mengubahi kita—kasih kurnia Tuhan adalah untuk semua orang. Tiada siapa yang tertinggal. Tiada siapa yang terlalu jauh tersesat. Sesiapa yang hilang boleh dijumpai. Kasih kurnia adalah satu-satunya jalan pulang.

Kami ingin anda menjadi salah satu daripada pergerakan global ini. Sila melayari laman http://anthem.org/youversion Dan mengongsikan cerita anda

Hari 4

Perihal Pelan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "kasih kurnia", tetapi apakah maksudnya sebenarnya? Bagaimanakah kasih kurnia Tuhan dapat menyelamatkan kita dan mengubahi kehidupan kita? Ketahui bagaimanakah kasih kurnia yang menakjubkan ini menemui kita di mana kita berada dan mengubahi kisah kehidupan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pulse Evangelism kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pulse.org