Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup AndaSampel

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

HARI 2 DARIPADA 5

Saya Pernah Sesat

Kisah hidup Newton boleh dirangkumi dalam satu baris: Saya pernah sesat, tetapi kini ditemui.

Kita hanya dapat ditemui jika kita menyedari bahawa kita tersesat; ketika kita meyedari ada jalan yang betul, tetapi kita tidak berjalan atasnya. Pada saat itulah kita menyedari keperluan kita untuk ditemui.

Hakikatnya, tanpa Yesus, kita semua sesat. Kita tersesat secara rohani, walaupun secara fizikalnya kita tidak tersesat.

Alkitab menjelaskan apakah maksudnya tersesat:

"Kamu telah mati akibat kesalahan dan dosa yang dahulu kamu lakukan menurut jalan dunia, menurut raja segala kuasa di udara, roh yang sekarang bertindak dalam diri anak-anak derhaka." (Efesus 2:1-2).

Ketika kita tersesat, kita berhidup dalam dosa—perbuatan salah yang melanggar hukum Tuhan yang sempurna. Kita tidak tahu perbezaan antara dosa dan kebenaran. Kita tidak mengikuti Yesus, tetapi mengikuti "jalan dunia". Jalan dunia menjanjikan kehidupan tetapi hanya membawa kepada kehancuran, dan akhirnya, kematian.

Tiada seorang pun yang sesat boleh berada di rumah pada masa yang sama. Ketika kita sesat secara rohani, kita tidak berhidup bersama Yesus. Yesus berjanji bahawa Bapa dan Dia akan tinggal bersama orang yang mengasihi mereka (Yohanes 14:23).

Berita baiknya adalah ada cara untuk ditemui. Kita tidak perlu berhidup di luar rumah Tuhan selama-lamanya. Tiada kunci pada pintu-Nya. Akan tetapi, kita hanya dapat ditemui jika ada seseorang yang datang untuk mencari kita.

Itulah sebabnya Yesus datang. Dalam Lukas 19:10, Dia berkata:

"Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang."

Yesus mencari dan menyelamatkan mereka yang tersesat, membimbing setiap orang untuk pulang kepada-Nya. Jadi, seperti John Newton, kita juga dapat menyanyikan, Saya pernah sesat, tetapi kini ditemui.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "kasih kurnia", tetapi apakah maksudnya sebenarnya? Bagaimanakah kasih kurnia Tuhan dapat menyelamatkan kita dan mengubahi kehidupan kita? Ketahui bagaimanakah kasih kurnia yang menakjubkan ini menemui kita di mana kita berada dan mengubahi kisah kehidupan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pulse Evangelism kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pulse.org