Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup AndaSampel

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

HARI 4 DARIPADA 5

Kasih Kurnia dalam Kekacauan Kita

Kasih kurnia adalah untuk semua orang. Sama ada anda mengikuti semua peraturan, atau kesilapan yang mempenjarakan anda. Sama ada anda ketagihan membeli-belah, atau ketagihan dadah. Sama ada keluarga anda mengasihi anda, atau semua orang dalam hidup anda telah meninggalkan anda.

Sama ada anda rasa berlayak, atau anda rasa telah melakukan kesalahan yang terlalu banyak—kasih kurnia adalah untuk ANDA.

Kasih kurnia bukan untuk kamu yang sempurna, kemas, dan sudah "bersih." Kasih kurnia adalah untuk diri anda yang gagal lagi, merasa tidak layak dikasihi, dan merasa telah tersesat terlalu jauh.

Yohanes 8 menceritakan kisah seorang wanita yang ditangkap dalam perbuatan zina. Para pemimpin agama pada masa itu menangkap wanita itu yang sedang tidur dengan seorang lelaki yang bukan suaminya. Menurut hukum, hukuman bagi perbuatan zina adalah mati.

Ketika Yesus sedang mengajar di halaman Bait Suci, para pemimpin itu membawa wanita ini kepada-Nya. Kita boleh bayangkan perasaan malu, takut, dan aib yang wanita itu alami ketika dia dilemparkan di hadapan Yesus. Tuduhan menggema di telinganya. Tuduhan berdering di telinganya. Dia tahu apa yang telah dilakukannya. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan.

Ketika orang ramai memegang batu di tangan mereka, kata-kata Yesus mengejutkan mereka: “Sesiapa di antaramu yang tidak berdosa, hendaklah dia yang pertama merejam batu kepadanya” (Yohanes 8:7). Satu demi satu, mereka meletakkan batu mereka, sehingga akhirnya hanya tinggal Yesus dan wanita itu.

Yesus tidak memarahinya, mengejeknya, atau menghakiminya. Sebaliknya, Yesus melangkah masuk ke dalam kekacauan dan kehancurannya, memberitahu dia bahawa Dia tidak menghukumnya, dan mengajaknya untuk menjalani hidup yang berbeza (Yohanes 8:10-11).

Yesus memberikan wanita ini sesuatu yang paling dia perlukan tetapi paling tidak dia jangkakan—kasih kurnia. Dia tidak takut untuk melangkah masuk ke dalam kekacauannya. Dia tidak menyuruh wanita itu membersihkan dirinya dahulu sebelum Dia berbicara dengannya. Dia datang kepadanya sebagaimana adanya dan menawarkan kasih kurnia yang bukan sahaja menyelamatkan hidupnya, tetapi juga mengubah dia.

Kasih kurnia tidak takut kepada kekacauan. Yesus mengajak kita untuk datang kepada-Nya apa pun dosa kita, kerana kasih kurnia-Nya membersihkan kita dan membawa kita pulang.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "kasih kurnia", tetapi apakah maksudnya sebenarnya? Bagaimanakah kasih kurnia Tuhan dapat menyelamatkan kita dan mengubahi kehidupan kita? Ketahui bagaimanakah kasih kurnia yang menakjubkan ini menemui kita di mana kita berada dan mengubahi kisah kehidupan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pulse Evangelism kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pulse.org