Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup AndaSampel

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

HARI 3 DARIPADA 5

Mendefinisikan Kasih Kurnia

Tiada pemberian yang dapat menandingi anugerah yang Tuhan berikan kepada semua ciptaan—kasih kurnia.

Kasih kurnia adalah kebaikan Tuhan yang tidak layak kita terima. Ia adalah sebahagian daripada sifat Tuhan. Kasih kurnia adalah pemberian keselamatan percuma yang tersedia untuk semua orang.

"Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman-ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Tuhan-bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah." (Efesus 2:8-9).

Mengikut kata-kata penginjil, Billy Graham, "Kasih kurnia Tuhan, secara ringkasnya, adalah belas kasihan dan kebaikan Tuhan kepada kita." Kasih kurnia tidak ada kaitan dengan kita, tetapi segalanya berkaitan dengan Tuhan. Dia yang memberikannya, dan kita yang menerimanya.

Dalam dunia kita, kita diajar bahawa segala yang kita ingini perlu diusahakan dan diperolehi. Kita layak mendapati apa-apa sahaja yang kita mahukan. Itulah sebabnya kita bersusah-payah bekerja, belajar sepanjang malam, menyembunyikan kelemahan kita, dan mencuba untuk membuktikan diri sendiri kepada orang sekeliling. Kita berasa kita perlu berusaha dan mendapatkan kelayakan untuk mencapai apa yang kita kejar.

Kasih kurnia Tuhan adalah sebaliknya. Kekristianan adalah satu-satunya agama yang tidak berkata "lakukan", tetapi "telah selesai". Kita boleh bekerja seumur hidup dan mencuba untuk menjadi sempurna bagi mendapatkan nikmat Tuhan, tetapi kita tidak akan menjadi cukup baik.

Yesus datang dan menjalani kehidupan yang sempurna di tempat kami, lalu mati untuk dosa-dosa kita. Pengorbanan-Nya di kayu salib mengajak sesiapa yang percaya kepada karya-Nya untuk diperdamaikan dengan Tuhan. Kita tidak perlu lagi berusaha untuk mendapatkan penerimaan dan kasih Tuhan; kita boleh berehat dalam pekerjaan yang telah Yesus selesaikan. Itulah kasih kurnia!

Setelah kita mengalami kasih kurnia Tuhan, ia mengubahi cara kehidup kita. Kasih kurnia tidak memerlukan usaha kita untuk menerimanya, tetapi ia melatihi kita untuk mengatakan tidak kepada dosa dan hidup secara kudus (Titus 2:11-13). Kasih kurnia juga membolehkan kita melakukan amal kebajikan:

"Tuhan berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan." (2 Korintus 9:8).

Yesus menyelamatkan kita. Kasih kurnia-Nya mengubahi dan membebaskan kita. Tiada orang yang lain yang boleh membuat benda yang sama.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "kasih kurnia", tetapi apakah maksudnya sebenarnya? Bagaimanakah kasih kurnia Tuhan dapat menyelamatkan kita dan mengubahi kehidupan kita? Ketahui bagaimanakah kasih kurnia yang menakjubkan ini menemui kita di mana kita berada dan mengubahi kisah kehidupan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pulse Evangelism kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pulse.org