Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup AndaSampel

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

HARI 1 DARIPADA 5

Kasih kurnia yang Menakjubkan

Bagaimanakah sebuah lagu yang ditulis pada tahun 1772 masih relevan ratusan tahun kemudian? Bagaimanakah kata-kata tentang pengalaman seorang lelaki tetap bermakna dalam kehidupan kita hari ini?

Mungkin disebabkan lirik tersebut menyentuh keperluan semula jadi setiap manusia: keperluan kasih kurnia. Mungkin disebabkan cerita kehidupan seseorang lelaki itu juga merupakan cerita kita: daripada kesesatan kepada dijumpai.

Inilah sebabnya lagu Amazing Grace terus hidup.

Apa yang kurang diketahui adalah kisah tentang lelaki yang menulis kata-kata terkenal ini di bandar kecil Olney, England.

John Newton, sebagai seorang lelaki muda, lebih banyak mengutuk daripada berdoa. Dia mengeksploitasi manusia bukannya mengasihi mereka. Dia lebih biasa berputus asa daripada berharap. Sebagai kapten kapal hamba, dia berhidup jauh daripada Tuhan dan meninggalkan nilai-nilai Kristian yang ibunya ajar semasa kecil.

Dengan kata lain, Newton sesat. Sepenuhnya, tanpa arah, memang sesat. Tetapi ceritanya tidak berakhir di situ.

Pada tahun 1748, Newton sedang memandu kapalnya melalui ribut ganas. Dia takut kapal dan anak kapalnya akan tenggelam dan segalanya akan dimusnahkan, termasuklah nyawanya. Dalam ribut itulah, Newton teringat Tuhan yang pernah ibunya ajar. Dia menyeru kepada-Nya dan memohon untuk diselamatkan daripada mati dalam laut dan daripada lelaki yang telah dia jadi.

Inilah titik perubahan kehidupan Newton. Akhirly, kapalnya sampai di tempat yang selamat, dan dia memulakan kehidupan baharunya bersama Kristus. Yang lama sudah berlalu, dan yang baharu telah bermula.

Newton kemudian menjadi salah seorang pastor yang paling berpengaruhi pada zamannya dan memainkan peranan penting dalam penghapusan perhambaan—gerakan yang pernah dia sokong sebelum ini.

Sepanjang kehidupannya, Newton tidak pernah melupai dua perkara: dia adalah seorang pendosa besar, dan Kristus adalah Juruselamat yang agung. Newton tahu sebab perubahan kehidupannya adalah kerana kasih kurnia Tuhan.

"Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman-ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Tuhan-bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah." (Efesus 2:8-9).

John Newton telah lama meninggalkan dunia ini, tetapi lagu hidupnya tetap abadi—Kasih Kurnia yang Menakjubkan:

Kasih kurnia yang menakjubkan! Betapa indah bunyinya,

Yang menyelamatkan orang hina sepertiku!

Aku pernah tersesat, namun kini ditemukan,

Pernah buta, namun kini aku melihat.

Hari 2

Perihal Pelan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "kasih kurnia", tetapi apakah maksudnya sebenarnya? Bagaimanakah kasih kurnia Tuhan dapat menyelamatkan kita dan mengubahi kehidupan kita? Ketahui bagaimanakah kasih kurnia yang menakjubkan ini menemui kita di mana kita berada dan mengubahi kisah kehidupan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pulse Evangelism kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pulse.org