Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang LainSampel

Keadilan
Fokus
Tujuan dan panggilan kita untuk mengasihi Allah dan orang lain bermula dengan kebenaran peribadi, beralih kepada belas kasihan dan pelayanan, dan akhirnya diperluas ke pencarian keadilan dalam dan sekitar komuniti kita. Semasa anda merenungi maksud ini terhadap hubungan anda dengan Kristus, gunakan petikan daripada Amos 5 sebagai doa nafas.
Tarik nafas: Biarlah keadilan mengalir seperti air;
Hembus nafas: kebenaran seperti anak sungai yang sentiasa mengalir.
Dengar
Ronald Rolheiser - The Holy Longing: The Search for Christian Spirituality
“Kemurahan hati peribadi memberikan respons terhadap orang yang tiada tempat berteduh, terluka, dan mati, tetapi secara tersendirinya tidak cuba mencari punca kewujudannya. Keadilan cuba mudik ke hulu dan mengubah sebab yang menimbulkan ketunawismaan, kelukaan, dan kematian.
Penerapan
Bagaimanakah anda membayangkan perintah untuk mengasihi Allah dan orang lain berhubung kait dengan tujuan kita untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran?
Mengapakah Yesus mengatakan, "Malanglah kamu, orang Farisi," kerana mematuhi sesetengah unsur taurat tetapi mengabaikan keperluan akan keadilan?
Dapatkah anda membayangkan peranan anda dalam mencari dan memperjuangkan keadilan yang berpusatkan Kristus dalam komuniti anda?
Respons
Akhiri waktu ini dengan doa yang berikut:
Allah Tuhan, pimpinlah saya untuk mengasihi orang lain melalui tindakan yang adil dan benar. Bukalah mata dan telinga saya kepada orang yang tertindas dan terpinggir. Bolehkan tangan dan kaki saya untuk melayani dan mengasihi mereka.
Semoga keadilan-Mu mengalir seperti air, dan kebenaran-Mu mengalir seperti anak sungai yang sentiasa mengalir. Amin.
Perihal Pelan

Terokai tujuan anda sebagai pengikut Yesus: untuk mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Sepanjang tujuh hari seterusnya, kami akan menyelidiki tema penyembahan peribadi, transformasi, belas kasihan, pelayanan, dan keadilan. Setiap sesi bermula dengan doa untuk menolong anda menumpukan perhatian pada tema hari itu, satu atau dua petikan Alkitab, fikiran daripada perspektif teologi, dan penerapan serta respons terhadap bacaan itu.
More
Pelan yang Berkaitan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Benih: Apa dan Mengapa

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
