Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang LainSampel
Tujuan & Identiti
Fokus
Tujuan kita datang secara semula jadi daripada identiti kita, maka, semasa anda memulakan renungan ini, biarlah tiga soalan yang berikut membantu anda untuk merenung dengan penuh doa dan kesedaran:
- Siapakah saya ini menurut Allah?
- Siapakah yang Allah jadikan saya ini?
- Apakah yang Allah panggil saya untuk lakukan?
Dengar
Michael Berg — Vocation: The Setting for Human Flourishing
“Siapakah saya ini?” merupakan soalan yang wajar kepada diri sendiri. Mungkin soalan yang lebih baik ialah, "Siapakah yang Allah jadikan saya ini, dan siapakah yang Allah panggil saya untuk layani?" Anda berharga bukan kerana nama keluarga anda, gaji anda, atau kedudukan anda, tetapi kerana Kristus: pertama, dalam identiti baptis anda sebagai orang yang telah ditebus oleh Kristus yang disalibkan, dan kedua, sebagai rakan sekerja Allah dalam ekonomi Kasih-Nya.”
Penerapan
Senaraikan semua cara anda mengaitkan diri dan bagaimana pengecam tersebut membentuk cara hidup anda:
Bagaimanakah pelbagai pengecam anda (hubungan, kerjaya, keupayaan, etnik, jantina, pengalaman, dsb.) memberikan maklumat tentang cara anda hidup dalam dunia ini?
Bagaimanakah identiti anda sebagai "ciptaan Allah, yang telah dijadikan untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan Yesus Kristus" membentuk tujuan hidup anda?
Respons
Berdoalah sekarang, memikirkan bagaimana identiti anda dalam Kristus boleh meresapi semua lingkungan identiti anda yang lain. Bercakap dengan Allah tentang cara anda boleh "hidup dengan iman" di rumah, tempat kerja, dan dalam komuniti.
Doa Penutup
Bersyukurlah kepada Allah yang sungguh mengasihi anda, kerana identiti dan hidup anda dalam Kristus.
Akuilah kepada Allah tentang lingkungan yang anda menyeleweng daripada identiti dan tujuan utama anda.
Tanyalah Allah bagaimana anda boleh hidup berdasarkan identiti ini secara praktikal hari ini
Perihal Pelan
Terokai tujuan anda sebagai pengikut Yesus: untuk mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Sepanjang tujuh hari seterusnya, kami akan menyelidiki tema penyembahan peribadi, transformasi, belas kasihan, pelayanan, dan keadilan. Setiap sesi bermula dengan doa untuk menolong anda menumpukan perhatian pada tema hari itu, satu atau dua petikan Alkitab, fikiran daripada perspektif teologi, dan penerapan serta respons terhadap bacaan itu.
More