Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang LainSampel

What Is My Purpose? Learning to Love God and Love Others

HARI 6 DARIPADA 7

Pelayanan

Fokus

Salah satu cara yang terbaik untuk mengasihi Allah dan orang lain ialah melalui pelayanan. Sebelum anda meneruskan, luangkan masa untuk berfikir dan merenungi bagaimana anda telah dipanggil dan dicipta secara tersendiri untuk melayani orang di sekeliling anda.

Dengar

St. Teresa of Avila — Christ Has No Body

“Kristus tiada tubuh melainkan tubuhmu,
Tiada tangan, tiada kaki di bumi melainkan tangan dan kakimu,
Melalui matamu Dia melihat
Berbelas kasihan terhadap dunia ini,
Kakimu digunakan-Nya untuk berjalan dan berbuat baik,
Tanganmu ialah tangan yang digunakan-Nya untuk memberkati seluruh dunia.”

Matius 25:34-36; 40 (BM)

“Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu. Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku. Aku dipenjarakan, dan kamu melawat Aku’ ...
‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’

Langkah 3: Penerapan (25-50 patah perkataan)

Meneruskan metafora menjadi tubuh Kristus, gunakan bahagian tubuh yang berikut untuk mempertimbangkan cara anda dapat melayani orang lain:

Tangan:

Kaki:

Mata:

Telinga:

Mulut:

Hati:

Fikiran

Langkah 4: Respons (25-50 patah perkataan)

Semasa anda mengakhiri renungan ini, fikirlah tentang perspektif, panggilan seru, kemahiran, personaliti, pengalaman anda yang tersendiri, dan bagaimana anda boleh melayani Allah dan orang lain.
Mintalah Allah untuk membuka mata anda agar melihat peluang baru, telinga untuk mendengar orang di sekeliling anda, dan hati serta fikiran untuk mencerap keperluan komuniti anda.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

What Is My Purpose? Learning to Love God and Love Others

Terokai tujuan anda sebagai pengikut Yesus: untuk mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Sepanjang tujuh hari seterusnya, kami akan menyelidiki tema penyembahan peribadi, transformasi, belas kasihan, pelayanan, dan keadilan. Setiap sesi bermula dengan doa untuk menolong anda menumpukan perhatian pada tema hari itu, satu atau dua petikan Alkitab, fikiran daripada perspektif teologi, dan penerapan serta respons terhadap bacaan itu.

More

Kami berterima kasih kepada TENx10 kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.tenx10.org/