Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang LainSampel
Dua Perintah
Fokus
Hari ini, kita akan mempertimbangkan tujuan terutama kita — untuk mengasihi Allah dan mengasihi jiran kita. Luangkan masa untuk berdoa, menyatakan perasaan anda secara terus terang tentang hidup anda pada waktu ini.
Dengar
Mother Teresa — A Gift for God
“Letakkan diri anda di bawah pengaruh Yesus sepenuhnya, agar fikiran-Nya memenuhi fikiran anda, agar kerja-Nya terlaksana melalui tangan anda, kerana anda akan menjadi maha berkuasa dengan kekuatan-Nya.”
Howard Thurman — Jesus & the Disinherited
“Setiap orang yang lain berkemungkinan jiran seseorang yang lain. Semangat kejiranan bersifat bukan ruangan; tetapi bersifat kualitatif. Seseorang itu mesti mengasihi jirannya secara langsung, nyata, tanpa halangan.”
Penerapan
Bagaimanakah hidup anda akan berubah atau terorientasi semula jika anda mendefinisikan tujuan hidup anda berdasarkan dua perintah Yesus yang terutama? Bagaimanakah anda boleh memilih untuk mengasihi dan penyayang terhadap Allah dan orang di sekeliling anda hari ini?
Respons
Pada hari akan datang, kita akan menerokai maksudnya memiliki tujuan yang tertumpu pada mengasihi Allah dan mengasihi orang yang ditempatkan-Nya di sekeliling kita. Semasa kita mengakhiri renungan hari ini, kami menjemput anda untuk mengucapkan doa ini:
“Tuhan, bukalah hati saya, jiwa saya, dan fikiran saya untuk mengasihi-Mu dan mengasihi jiran saya.”
Kitab
Perihal Pelan
Terokai tujuan anda sebagai pengikut Yesus: untuk mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Sepanjang tujuh hari seterusnya, kami akan menyelidiki tema penyembahan peribadi, transformasi, belas kasihan, pelayanan, dan keadilan. Setiap sesi bermula dengan doa untuk menolong anda menumpukan perhatian pada tema hari itu, satu atau dua petikan Alkitab, fikiran daripada perspektif teologi, dan penerapan serta respons terhadap bacaan itu.
More