Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang LainSampel

What Is My Purpose? Learning to Love God and Love Others

HARI 5 DARIPADA 7

Belas Kasihan

Fokus

Kasih Allah yang menghasilkan transformasi memanggil kita untuk mengamalkan hidup yang penyayang — hidup yang ditandakan terutamanya oleh belas kasihan. Sebelum anda beralih kepada bahagian renungan ini yang seterusnya, luangkan masa untuk membayangkan hidup yang berbelas kasihan.

Dengar

Henri Nouwen — Compassion

"Belas kasihan meminta kita untuk pergi ke tempat yang menyakitkan, memasuki tempat penderitaan, berkongsi dalam keremukan, ketakutan, kekeliruan, dan seksaan orang lain. Belas kasihan mencabar kita untuk berseru bersama dengan orang yang menderita, berdukacita dengan orang yang kesepian, bersedih dengan orang yang menangis.

Belas kasihan menghendaki kita untuk menjadi lemah dengan orang yang lemah, mudah dikecam dengan orang yang mudah dikecam, dan tidak berupaya dengan orang yang tidak berdaya. Belas kasihan bermakna betul-betul asyik dengan keadaan manusiawi.”

Penerapan

Menurut standard Yesus, tujuan kita tidak dicapai berdasarkan jumlah wang yang diperoleh, harta yang dimiliki, kecemerlangan antara rakan sebaya kita, atau pencapaian kerjaya. Tujuan kita diukur berdasarkan belas kasihan yang melimpah-ruah daripada kita dan ditunjukkan kepada orang lain, walau siapa pun orang itu, apa pun situasi atau keadaannya.

Bagaimana keadaan hidup anda jika bentuk belas kasihan ini mendefinisikan hidup anda secara radikal?


Apakah yang tetap sama seperti sekarang ini? Apakah yang mungkin berbeza?

Respons

Semasa anda merenungkan panggilan Kristian dan tujuan belas kasihan, ucapkan doa ini:

Allah Tuhan, terima kasih kerana belas kasihan, kasih kurnia, dan rahmat-Mu terhadap saya. Penuhi saya dengan Roh-Mu: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri-Mu.

Amin.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

What Is My Purpose? Learning to Love God and Love Others

Terokai tujuan anda sebagai pengikut Yesus: untuk mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Sepanjang tujuh hari seterusnya, kami akan menyelidiki tema penyembahan peribadi, transformasi, belas kasihan, pelayanan, dan keadilan. Setiap sesi bermula dengan doa untuk menolong anda menumpukan perhatian pada tema hari itu, satu atau dua petikan Alkitab, fikiran daripada perspektif teologi, dan penerapan serta respons terhadap bacaan itu.

More

Kami berterima kasih kepada TENx10 kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.tenx10.org/