Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah DugaanSampel

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

HARI 6 DARIPADA 7

Organisasi yang diusahakan oleh saya menganjurkan penubuhan tabung larian 5K setiap tahun, dan pada tahun lalu, saya bertekad untuk berlari. Biasanya saya tidak berlari, maka saya sedar latihan awal diperlukan untuk membina daya ketahanan melengkapkan larian itu. Seseorang pelari membina daya tahan dengan menderita sebatu lagi apabila ia ingin berhenti (atau dalam keadaan saya, berlari seminit lebih lagi... kemudiannya seminit lagi).

Dengan cara yang sama, dugaan menguatkan otot rohani kita, dan ujian terhadap iman kita menghasilkan ketabahan. Setiap pengalaman memberikan kita kepercayaan yang lebih mendalam dan lebih kuat dalam Dia. Pertumbuhan hanya terhasil dengan mengatasi kesusahan sementara kita tabah menghadapinya.

Kenang semula dugaan dalam hidup anda yang anda fikir tidak mungkin bertambah baik. Bagaimanakah Allah menggunakan dugaan itu? Bagaimanakah Dia memimpin anda melalui dugaan itu? Apakah yang anda pelajari semasa menghadapi dugaan itu?

Dugaan adalah susah dan menyeksakan, namun Allah menggunakannya. Dugaan berpotensi menghasilkan sesuatu yang baik dalam kita, dan atas sebab ini, dugaan merupakan peluang untuk mengungkapkan sukacita.

Contohnya, yang berikut ialah beberapa perkara baik dan penuh sukacita yang diberikan oleh Allah kepada saya melalui dugaan ketagihan suami saya:

  • Perkahwinan yang lebih kukuh.
  • Pemahaman tentang batasan dan pelaksanaannya.
  • Mempelajari maksud jagaan diri dan melaksanakannya.
  • Membenarkan diri untuk merasai perasaan sendiri dan mengetahui cara memprosesnya secara sihat.

Sukacita tidak berakar dalam keadaan hidup; sukacita ialah keyakinan tenang terhadap Allah yang besar yang mengendalikan hal sehingga menghasilkan yang baik meskipun kita tidak melihatnya serta-merta dan hanya menemui sukacita semasa mengenang semula.

Semasa anda membaca ayat Alkitab hari ini, ingatlah bahawa sukacita…

  • datang daripada Allah (Galatia 5:22-23)
  • mengetahui bahawa adanya tujuan daripada Allah melalui cubaan (Yeremia 29:11)
  • ditemui dalam hadirat-Nya (Mazmur 16:11)
  • ialah kekuatan tersembunyi kita (Nehemia 8:10)

Kay Warren pernah menulis, “Sukacita ialah keyakinan tetap bahawa Allah berkuasa ke atas semua perincian hidup saya, keyakinan tenang bahawa akhirnya segala sesuatu akan jadi elok, dan pilihan bertekad untuk memuji Allah dalam setiap situasi.”

Kita akan menghadapi dugaan dan kesengsaraan, tetapi anda dan saya mempunyai pilihan semasa dugaan tersebut. Kita boleh menemui sukacita dalam dugaan dengan belajar, bertumbuh, dan mempercayai Allah . . . atau kita boleh melawan dan menentang dugaan - menuruni jalan yang susah, kasar, berbatu, dan tidak menyenangkan.

Apakah pilihan anda?

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

Kita mungkin tidak selalu melihat atau merasainya, tetapi Allah sentiasa menyertai kita... walaupun ketika kita menghadapi kesusahan. Dalam pelan ini, Penyelaras Finding Hope Amy LaRue menulis dengan sungguh ikhlas tentang pergelutan keluarganya dengan ketagihan dan bagaimana sukacita Allah telah menembusi waktu mereka yang paling gelap.

More

Kami berterima kasih kepada Hope Is Alive Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.hopeisalive.net